fbpx
Politik

DAP mengaku PH tiada majoriti di Dewan Rakyat

AHLI Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, DAP telah mengaku bahawa Pakatan Harapan (PH) sememangnya tiada majoriti di Dewan Rakyat.

Di sebalik pelbagai dakwaan mereka terhadap Pakatan Nasional seperti penipu, kerajaan pintu belakang dan sebagainya, tetapi realitinya mereka mengaku PN memiliki majoriti untuk menjadi kerjaan.

Ini berdasarkan hantaran di Facebook oleh bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong  bahawa persidangan dewan rakyat pada 18 Mei ini akan menyaksikan barisan pembangkang yang terbesar, dengan 114 ahli Parlimen kerajaan dan 108 ahli Parlimen pembangkang.

“DAP mengaku PH tak ada majoriti dalam Dewan Rakyat. Mereka mengaku hanya ada 108 ahli Parlimen berbanding 114 untuk PN.

“Kalau dah tahu tak ada majoriti, kenapa pula PH asyik jaja cerita usul tak percaya terhadap PM8?” Tanya Najib dalam hantaran di Facebooknya.


Dalam Facebooknya itu Chin Tong menulis bahawa persidangan Parlimen di bawah kerajaan PN pada Isnin ini akan mencatat perkara yang akan  berlaku pertama kali termasuk persidangan hanya sehari.

Satu lagi kata pemimpin DAP itu, ia juga akan menyaksikan pemimpin parti pemerintah iaitu Bersatu.

Ini juga akan menyaksikan bekas perdana menteri berusia 94 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan duduk di pihak pembangkang sejak beliau mula menjadi ahli Parlimen pada 25 April 1964. – SM

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button