EkonomiHiburan

Dana Dokumentari Kenegaraan Bantu Penggiat Seni Hasilkan Kandungan Berunsur Patriotik!

MALAYSIA adalah sebuah negara kaya dengan nilai sejarah, warisan serta budaya yang kelestariannya harus disemarakkan.

Tujuannya adalah untuk memupuk rasa sayang dan apresiasi cinta dalam kalangan generasi hari ini terhadap negara sendiri.

Dalam usaha memberi galakan mengenainya, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) tampil menyediakan dana khas.

Antara kategori tawaran dana yang bersifat mengangkat nilai patriotisme adalah Dana Dokumentari Kenegaraan yang merangkumi elemen seni, budaya dan warisan.

Bahagian Pengurusan Produksi FINAS yang menyelaraskan inisiatif Dana Dokumentari berkata, dana ini melibatkan penerbitan dokumentari bersiri 60 minit yang menyentuh perihal amalan kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, bebas mengamalkan keunikan adat, seni dan budaya masing-masing.

Sehubungan itu jika ada mana-mana syarikat produksi atau penggiat industri yang terlibat, mereka perlu menghasilkan kandungan yang bertunjangkan kekuatan, perpaduan dan keharmonian.

Mengulas peranan geran di bawah peruntukan Dana Kandungan Digital yang disalurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) demi mempelbagaikan kandungan dalam negara.

Syarikat produksi atau penggiat industri yang mendapat dana tersebut haruslah hasilkan kandungan yang mematuhi Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara bagi membentuk ‘Keluarga Malaysia’ yang dinamik dan berjati diri.

Melihat kepada sambutan yang menggalakkan oleh industri, Finas berhasrat untuk meneruskan pelaksanaan dana ini pada tahun hadapan tertakluk kepada kelulusan peruntukan daripada K-KOMM. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button