Ekonomi

Dagangan saham Opcom meningkat ekoran pengumuman kontrak daripada TM

JUMLAH dagangan saham Opcom Holdings Bhd meningkat sekitar 10 kali ganda kepada sekitar 21 juta unit dalam perdagangan pagi Bursa Malaysia hari ini.

Ia susulan pengumuman kumpulan itu semalam anak syarikatnya Opcom Cables Sdn Bhd telah berunding dan menerima projek bernilai RM8.41 juta berdasarkan perjanjian tambahan di bawah kontrak yang ada dengan Telekom Malaysia Bhd (TM) untuk pembuatan dan pembekalan kabel gentian optik kepada TM.

Pada pukul 10:01 pagi hari ini, Opcom Holdings menyaksikan 20.92 juta saham bertukar tangan berbanding 2.16 juta semalam sementara harga saham melonjak empat sen atau 7.69 peratus kepada 56 sen.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button