Politik

Cukup-cukuplah percaya pada Anwar Ibrahim, Rafizi dan Anthony Loke

TAK KAN tak serik-serik kena dipermainkan hidup-hidup selama ini wahai rakyat Malaysia. Cukup-cukuplah rakyat mempercayai kata-kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan Anthony Loke.

Janji-janji manis mereka mahu membentuk sebuah negara yang progresif, bersih dan cekap serta boleh menjana peluang pekerjaan adalah satu lagi penipuan kepada rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ini.

Setelah ditipu dan dibohongi berkali-kali dalam PRU yang lalu, Rafizi kembali mengutarakan naratif yang baru, janji-janji manis yang baru seolah-olah parti PKR diterajui oleh pemimpin yang baru. Bukan yang memerintah negara selama 22 bulan pada Mei 2018 sehingga Februari 2022.

Rafizi Ramli

PKR dan DAP menyalahkan pemerintahan 22 bulan tersebut kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang melakukan pelbagai kesilapan termasuk tidak mahu menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.

Manakala Tun Mahathir pula seolah-olah menyalahkan DAP kerana meletakkan Menteri Kewangan terburuk dalam sejarah negara, Lim Guan Eng sehinggakan ekonomi negara tidak terurus.

Tun Mahathir juga jelas menyalahkan PKR kerana berkeras menekan Tun agar segera melepaskan jawatan PM kepada Anwar Ibrahim pada ketika itu.

Akhirnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang dan rakyat sedar PH merupakan satu gabungan parti-parti politik yang tidak boleh dipakai ataupun dipercayai.

Kenapa? Kerana:

(i).  Bila berjanji. Berbohong.

(ii).  Bila tuduh Kerajaan terdahulu Bapak Perasuah, PH lebih banyak rasuah sehinggakan pegawai-pegawai, Menteri PH dibawa ke muka pengadilan seorang demi seorang.

(iii).  Janji-janji pilihan raya yang manis-manis kebanyakkannya tidak ditunaikan dengan memberi alasan bahawa setelah ambil alih kerajaan, PH dapati kerajaan dan negara berada dalam keadaan yang teruk.

(iv).  Alasan ini digunakan oleh Menteri Kewangan DAP untuk menjual aset-aset penting negara kepada pembeli-pembeli dari luar negara. Ini satu tuduhan yang masih tidak dijawab oleh DAP.

(v).  Yang paling parah, DAP sering mengutarakan naratif kononnya parti DAP bukanlah merupakan satu parti yang rasis, perkauman terhadap orang-orang Melayu.

Anthony Loke

Tetapi mana mungkin orang-orang Melayu lupa akan berita sebaik sahaja PH memerintah pada Mei 2018, perkara pertama yang dilakukan oleh Menteri Kewangan DAP ialah membuang serta menamatkan kontrak pekerja-pekerja penjawat awam berbangsa Melayu seramai lebih daripada 7,000 orang di bulan Ramadan.

Pada tahun 2018 itu jugalah 7,000 penjawat awam meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan linangan air mata kesedihan.

Adakah kita lupa semua ini setelah 4 tahun berlalu?

Kita tunggu pembentangan Bajet 2023 esok, Jumaat, 7 Oktober 2022 oleh Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Harapan rakyat tinggi mengunung disandarkan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri agar rakyat terus diberi bantuan serta perlindungan dalam menghadapi waktu yang amat sukar ini.

PRU boleh tunggu sekejap. Terpulang kepada Perdana Menteri Ismail Sabri untuk menentukan apakah yang terbaik untuk rakyat jelata, untuk Keluarga Malaysia. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button