Cristina Suzanne dedah kegiatan mencuri guna kotak air mineral
Pelakon popular Cristina Suzanne mendedahkan tindakan licik seorang individu yang melakukan kegiatan mencuri di pasaraya kecil Glenn’s Grocery miliknya.
Menerusi perkongsian di Insta Story, individu berkenaan mengeluarkan botol air mineral dari sebuah kotak dan memasukkan barnagan yang dicuri itu ke dalam kotak berkenaan.
“Ini project dia lepas keluarkan mineral water dari kotak. Dia masukkan pula barang-barang dia nak jul kat kedai runcit dia kut. Takkan la kau nak minum kopi tu sampai abang Jamil mampus.
“Lepas tu kau bayar mineral water je? Baik punya acting. Meh aku kasi kau famous bro,” tulisnya.
Menurutnya, antara barang-barang yang dicuri individu berkenaan adalah Milo 3 in 1, Nescafe 3 in 1, Nescafe Gold dan coklat Cadbury.
Dalam pada itu, pelakon berkenaan turut memberi peringatan kepada mereka yang memilki kedai runcit supaya berhati-berhati.
“Kedai-kedai runcit yang lain sila ambil perhatian modus operandi ini. Style mencuri dalam kotak.
“Kepada semua yang ada kedai-kedai runcit berhati-hati, check kotak tu dulu,” pesannya.
Cristina juga memaklumkan bahawa dirinya turut menerima ugutan daripada individu berkenaan dan akan membuat laporan polis. -SM