Luar Negara

Covid19: Itali catat 368 kematian dalam 24 jam

ITALI mengumumkan pada Ahad telah mencatatkan 368 kematian akiat wabak coronavirus atau covid-19 dengan jumlah korban keseluruhan meningkat kepada 1,809.

Jumlah kes yang positif pula meningkat kepada 24,747 dripada 21,157 kes pada Sabtu.

Pada masa yang sama kerajaan di seluruh dunia dengan mengambil langkah pencegahan dengan mengawal pergerakan orang ramai untuk mengurangkan penyebaran pandemik Civid-19 yang setakat ini telah membunuh 5,800 dan lebih 153,000 terkena jangkitan di seluruh dunia.

Sepanyol menjadi negara Eropah kedua yang mengenakan perintah berkurung atau lockdown di seluruh negara selepas 2,000 kes baharu disahkan dan jumlah kematian meningkat sekali ganda.

Iran pula mengumumkan 100 orang telah menjadi korban wabak ini dalam tempoh 24 jam lalu, dengan kes yang disahkan positif menghampiri 14,000.

Tehran mendakwa, usahanya membendung wabak itu menjadi sukar ekoran sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

Di Filipina, ibu negarana Manila telah ‘ditutup’ dengan 12 juta penduduk dilarang untuk melancong selama sebulan. Sekolah juga ditutup dan acara-acara besar di larang.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button