COVID:19: Iraq bina banyak hospital sementara
PENINGKATAN kes jangkitan COVID-19 memaksa Iraq membina membina lebih banyak hospital sementara kerana jumlah pesakit yang dijangkiti, tidak mampu ditampung oleh hospital awam.
Senario peningkatan itu dibimbangi kerajaan baharu pimpinan Mustafa Al-Kadhimi yang berusaha mengimbangan defisit belanjawan di tengah trend penurunan harga minyak.
Kementerian Kesihatan dan Perdagangan Iraq berusaha mewujudkan hospital sementara di seluruh Baghdad untuk membantu meningkatkan kapasiti klinikal di ibu negara Iraq itu.
Salah satu hospital sementara baharu adalah di bangunan Pameran Antarabangsa Baghdad.
Iraq melaksanakan sekatan pergerakan dengan menutup institusi pendidikan, pawagam, kafe, kelab selain melarang perhimpunan awam dan menutup sempadan.
Menurut Kementerian Kesihatan dan Perdagangan, negara itu mencatatkan hampir 30,000 kes COVID-19 dengan lebih 1,000 kematian sehingga kini. – SUMBER ASTRO AWANI