Nasional

Upacara perkahwinan bukan Islam di rumah ibadat dibenarkan

MESYUARAT Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah bersetuju untuk
membenarkan upacara perkahwinan bagi penganut bukan Islam dilaksanakan.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kebenaran diberikan bagi upacara perkahwinan bukan Islam di rumah ibadat.

Upacara perkahwinan juga dibenar diadakan di lokasi persatuan agama bukan Islam yang melibatkan Penolong Pendaftar Perkahwinan yang dilantik dibawah Seksyen 28, Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Akta 164).

Bagaimanapun semua upacara perkahwinan perlu mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Ini termasuk upacara tidak boleh dihadiri lebih daripada 20 orang termasuk Penolong Pendaftar
Perkahwinan.

Upacara perkahwinan juga tertakluk kepada kapasiti rumah ibadat atau Persatuan Agama Bukan Islam dan penjarakan sosial.  Majlis resepsi perkahwinan dilarang sama sekali daripada diadakan.-SM

(Visited 141 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button