Nasional

Covid: KJ beri amaran kadar kemasukan ke hospital meningkat

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, memberi amaran bahawa kadar kemasukan akibat Covid-19 semakin meningkat.

Khairy Jamaluddin, mengatakan kebanyakan kes tersebut adalah melibatkan golongan warga emas dan golongan komorbid yang dijangkiti melalui kontak rapat ahli keluarga yang membawa pulang virus tersebut ke rumah.

Menerusi ciapannya di laman Twitter, KJ turut memberi pesanan untuk mengambil dos penggalak.

“Pakai pelitup muka dan elakkan tempat yang sesak.

“Dapatkan dos penggalak apabila diberi janji temu,” katanya.

Menurut data daripada laman web COVIDNOW, jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital adalah 5,431 manakala pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 541.

Kes di ICU melibatkan 274 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 267 lagi memerlukan mesin ventilator.

Kadar penggunaan katil paling tinggi adalah di negeri Terengganu sebanyak 85.9 peratus diikuti oleh Kelantan 83.3 peratus, Melaka 81.2 peratus, Kedah 74.9 peratus, labuan 74.5 peratus dan Johor 73.8 peratus. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button