Negeri

Kanak-kanak 3 tahun mati lemas mandi di pantai

KEGEMBIRAAN sebuah keluarga mandi-manda di Pantai Kampung Bangau, di Kudat berakhir dengan tragedi selepas seorang kanak-kanak berusia tiga tahun ditemukan lemas petang semalam.

Mayat mangsa ditemukan anggota bomba dan penduduk kampung berhampiran lokasi dia dilaporkan hilang pada pukul 4.25 petang.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.13 petang.

Katanya, susulan panggilan itu, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama sebuah jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan operasi terus menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) secara permukaan di lokasi sekitar pantai berkenaan.

“Mangsa akhirnya berjaya ditemukan pasukan SAR bersama penduduk kampung pada pukul 4.25 petang dan disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, hari ini. – FMT – SM

(Visited 255 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button