Nasional

Covid: 19,193 kes baharu, 292 kematian

SEJUMLAH 19,193 kes baharu dicatatkan semalam menjadikan jumlah kes aktif di seluruh negara sebanyak 237,277 orang.

Laman web rasmi kerajaan Malaysia untuk data dan analisa tentang Covid-19, Covidnow melaporkan 292 kematian dicatatkan termasuk 106 kematian di rumah. Ini menjadikan keseluruhan kematian akibat Covid-19 adalah seramai 20,711 orang.

Sehingga kini sebanyak 13,079 orang mendapatkan rawatan di hospital dan daripada jumlah itu 617 dimasukkan ke unit rawatan rapi dan 721 memerlukan bantuan alat pernafasan.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button