Nasional

Covid-19: Tolonglah rakyat Malaysia, rayu Jururawat yang bekerja lebih 16 jam

“TOLONGLAH rakyat Malaysia, ketuk kepala tu sikit supaya otak berfungsi. Jangan ambil mudah dengan wabak Covid-19 ni.”

Begitulah rayuan seorang jururawat yang buat pertama kali menyesal memilih kerjaya itu selepas lima tahun berikutan wabak virus maut  Covid-19 yang kini melanda negara.

Dia berkongsi pengalamannya di media sosial selepas melihat sikap rakyat Malaysia yang tidak langsung bimbang dengan wabak penyakit itu.

Pemerhatiannya mendapati rakyat Malaysia masih lagi bernafsu untuk keluar negara ditengah-tengah virus Covid-19 menggila dan dan menghadiri majlis yang mendedahkan mereka dengan virus berbahaya itu.

Melalui perkongsian di media sosial membendung wabak berkenaan tidak mudah. Dengan kekurangan kakitangan dia terpaksa bekerja sehingga 16 jam sehari.

Rutian hariannya kini adalah memakai pakaian khas selama lebih lima jam untuk berhadapan dengan pesakit yang dijangkiti.

Pakaian khas itu panas dan menyebabkan mereka yang memakainya berpeluh. Selepas menanggalkan pakaian khas itu dia terpaksa mandi. Rutin itu berterusan setiap kali mahu merawat pesakit Covid-19.

Malah apabila berdepan dengan pesakit dia turut mengadai nyawa menjaga dirinya daripada dijangkiti.

Setiap kali pulang ke rumah dia berasa bimbang kerana takut terbawa pulang virus itu dan mendedahkannya kepada anak-anak dan suaminya.

Berikut tulisan beliau yang dikongsi oleh Yazrafiq Yazraik:

Bismillah hirrahman nirrahim.

Sepanjang lima tahun lebih aku bergelar sebagai seorang misi, ini kali pertama aku menyesal bekerja dalam bidang ni.  Kerja sampai 16 jam sehari. Anggota pertama yang terdedah dengan wabak Covid-19.

Pakai suit PPE Covid sampai 5, 6 jam. panasnya memang tidak boleh nak cakap, setiap kali pakai memang baju di dalam akan basah kuyup macam kena jirus air sebab peluh.  Nak bernafas pn susah.

Lepas buka suit tu kena mandi dulu baru boleh settle kerja-kerja lain yang pending. Kalau nak masuk attend pesakit lagi kena pakai balik suit PPE Covid baru sudah selesai kena mandi lagi.

Dan benda ini berulang-ulang setiap kali attend pesakit. Biasanya sekali masuk attend pesakit memang smpai 5, 6 jam.

Kami sudah kekurangan staff disebabkan kerajaan terdahulu yang kurangkan pngambilan staff baru, ditambah lagi dengan wabak ni.

Mental dan fizikal kami koyak, di mana kami terpaksa bekerja bergadai nyawa demi masyarakat. Cuti dibekukan. Kami pun ada anak, ada isteri, ada suami, ada ibu bapa.

Masyarakat pula mengambil ringan soal wabak Covid-19 ini. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Ada jugak yang mengambil kesempatan ke luar negara waktu ni sebab tiket murah. Siap satu keluarga pergi bercuti.

Sanggup gadaikan nyawa satu keluarga. Ada jugak yang pergi ke perhimpunan tabligh kat Masjid Sri Petaling. Sudah tahu tempat tu ramai yang hadir, sila pakai mask.

Ya betul….! Program sebegitu memang bagus. Majlis ilmu tapi buat masa sekarang tak sesuai untuk hadirkan diri ke tmpat crowded macam tu.

Nyawa lagi penting. Nyawa tak boleh beli bosssku.. Kesihatan tak boleh dicari di 7-Eleven..

Wabak ini merebak terlalu cepat. Masyarakat hanya tahu complain tapi yang bekerja ini kami, yang penatnya kami.

Sampai satu tahap aku takut nak balik rumah, perasaan takut diamana aku yang bawak wabak ni balik ke rumah.

Walaupun kami sudah pakai pakaian full covered tapi kami antara kakitangan yang selalu terdedah dengan wabak Covid ni.

Ada jugak pesakit yang pentingkan diri, datang hospital dengan simptom demam. Admit wad dan bila doktor tanya dia tak mengaku ada pergi ke tempat-tempat yang berisiko covid.

Masa tu misi-misi yang jaga dia dah start batuk-batuk dan selsema. Last-last pesakit ni positive Covid then baru mengaku ada ke satu perhimpunan baru baru ni. Puas hati ke buat macam ni kat kami?

Tolonglah rakyat Malaysia, ketuk kepala tu sikit supaya otak berfungsi. Jangan ambil mudah dengan wabak Covid ni.

Satu dunia terkena wabak ni. Semoga lepas ni rakyat Malaysia lebih terbuka mata terhadap wabak yang tengah teruk melanda dunia ni dan semoga kita diberikan kesihatan yang baik untuk berbakti kepada orang.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button