Luar Negara

COVID-19: Thailand rekod 237 kes baharu, tiada kematian

Thailand merekodkan 237 kes COVID-19 baharu, termasuk 202 kes di Samut Sakhon, wilayah yang mula mencatatkan jangkitan sejak bulan Disember lepas, menjadikan jangkitan keseluruhan di negara itu kini berjumlah 23,317 kes.

Dalam tempoh 24 jam lepas, tiada kematian akibat virus itu dilaporkan, menjadikan jumlah  keseluruhan kes kematian kekal 79.

Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 Thailand (CCSA) Dr Pannapha Yongtrakul berkata daripada 237 kes baharu COVID-91, 225 merupakan jangkitan tempatan, dan 12 adalah kes import.

Beliau berkata di Samut Sakhon, 202 kes baharu dilaporkan, dengan 107 kes dikesan menerusi pengesanan kes aktif dan 95 lagi dalam kalangan mereka yang mendapatkan rawatan di hospital.

Katanya 17 kes baharu direkodkan di Bangkok, lima di wilayah Tak, dan satu kes di Samut Songkhram.

“Dalam tempoh 24 jam lepas, sejumlah 668 kes dilaporkan sembuh. Sehingga kini 6,350 pesakit masih menerima rawatan di hospital dan lain-lain kemudahan perubatan,” katanya dalam taklimat harian di sini hari ini.

Pannapha berkata pihak berkuasa kesihatan di Samut Sakhon meletakkan dua daerah di bawah zon “kawalan ketat dan maksimum” susulan lebih 7,000 pekeja di empat kilang dikesan positif COVID-19 sehingga kini.

Selain itu menurutnya pihak berkuasa kesihatan turut meningkatkan survelan di barat Bangkok selepas 54 kes COVID-19 dikesan menerusi pengesanan kes aktif di kilang-kilang di enam daerah di kawasan berkenaan.

“Pihak berkuasa turut meningkatkan penguatkuasaan di sepanjang selatan Thailand.

— BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button