Luar Negara

Covid-19: Thailand bakal tarik balik perintah berkurung

THAILAND akan menarik balik perintah berkurung seluruh negara bermula Isnin hadapan.

Penarikan perintah itu akan membenarkan pembukaan restoran, hotel serta penjualan arak.

BACA > 10 penyelidik UMK terima geran khas penyelidikan COVID-19 — Suara Merdeka

Makluman itu disahkan Pusat Pentadbiran Perkembangan Covid-19 (CCSA).

Menurut jurucakapnya, Dr. Taweesin Visanuyothin, bermula Isnin nanti banyak sekatan akan ditarik semula.

Beliau berkata, perkara itu akan dibenarkan sekiranya tiada kes baharu jangkitan Koroanvirus (Covid-19) dalam kalangan rakyat tempatan.

Bagaimanapun hari ini, Thailand mencatatkan empat kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah mangsa seramai 3,129 orang.

Dua daripada mangsa adalah warganegara berusia 37 dan 53 tahun dikatakan pulang dari India dan didapati positif ketika dikuarantin di Chonburi.

Menurut Dr. Taweesin, kedua-dua wanita tersebut dilaporkan tidak mengalami sebarang gejala. Sebalinya hanya dikesan melalui ujian.

BACA > Untung bersih Comfort Gloves melonjak RM16.34 juta suku pertama — Suara Merdeka
BACA > Akademi bola sepak kebangsaan perlu patuh garis panduan ‘Return to Football’ — Suara Merdeka

“Kami belum ada rekod baharu daripada jangkitan tempatan. Namun kita perlu pastikan pekerja barisan hadapn terus bersemangat.

“Apabila sekatan perintah berkurung di, rakyat akan dibenarkan untuk berjalan-jalan atau melancong,” katanya seperti dilaporkan portal Channel News Asia (CNA).

Tambah Dr. Taweesin, apabila sekatan dibuka semula, beberapa sektor akan kembali beroperasi.

Itu termasuklah sekolah kerajaan Thailand, antarabangsa dan institusi pendidikan.

Aktiviti-aktiviti hiburan dan rekreasi juga turut akan dibenarkan, namun rakyat perlu mematuhi standard oerpasi (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Justeru, ketika ini Thailand sudahpun memasuki fasa keempat pembukaan semula beberapa sekatan sejak perintah berkurung dilaksana pada 3 April.

BACA > MOTOGP 2020 bakal bermula 19 Julai — Suara Merdeka
BACA > Tukang gunting rambut warga asing sah positif Covid-19 — Suara Merdeka

Memanfaatkan peluang tersebut, kerjaaan Thailand dijangka memperkasakan kembali sektor pelancongan termasuk pengursan hospitaliti bagi pelancong serta pelancongan kesihatan. – CNA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button