Ekonomi

10 penyelidik UMK terima geran khas penyelidikan COVID-19

SEPULUH penyelidik Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memperoleh dana penyelidikan sebanyak RM126,000 menerusi Skim Geran Penyelidikan UMK-COVID19 SPECIAL GRANT (UMK-C19SG) untuk membiayai kajian dan penyelidikan menghasilkan solusi bagi menghadapi wabak COVID-19 tahun ini.

Pengarah Bahagian Pengurusan Penyelidikan, Dr. Abdul Hafidz Yusoff berkata, geran itu diwujudkan bagi memberi ruang penyelidikan kepada kakitangan akademik dan bukan akademik UMK untuk menghasilkan solusi bagi menghadapi wabak itu.

Katanya, geran itu juga akan memberi pendedahan penyelidikan kepada kakitangan akademik dan bukan akademik dalam usaha memupuk dan membina keupayaan dalam penyelidikan serta pembangunan (R&D) bagi menyokong aktiviti penyelidikan jangka pendek dalam bidang bersesuaian.

“Kajian penyelidikan ini penting khususnya bagi tujuan penjanaan ilmu pengetahuan baharu, pembangunan teknologi, produk dan proses dalam bidang yang berkaitan dengan kepentingan universiti.

“Selain itu, proses pemindahan ilmu dari universiti kepada masyarakat dapat dilaksanakan dengan berlakunya proses kolaborasi dan kerjasama antara UMK dengan pihak industri serta komuniti,” katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Hafidz berkata, aktiviti penyelidikan itu dijangka berlangsung antara enam bulan hingga 12 bulan membabitkan dua bidang penyelidikan iaitu sains tulen dan sains sosial.

Katanya, bidang penyelidikan ini turut merangkumi pelbagai aspek ekonomi, kesihatan awam, keselamatan, pelancongan, perdagangan, teknologi maklumat, pendidikan dan keselamatan makanan.

Penerima geran berkenaan adalah Pensyarah Fakulti Industri Asas Tani (FIAT), Dr. Muhamad Mijanur yang akan menjalankan kajian dan penyelidikan mengenai ‘Impacts of COVID-19 Pandemic Restrictions On Food Security, Poverty and Development of Smallholder Livestock Farmers’, Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) Prof. Dr. Roselina Saufi (Social Psychologyical Economy Impact Of COVID-19 On SMES in Kelantan: Present and Post COVID-19).

Selain itu,  Pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) Dr. Tengku Fauzan Tengku Anuar (Pemodelan Impak COVID-19 Ke Atas Kemiskinan Situasi dan Pendayaupayaan Ibu Tunggal Di Kelantan), Pensyarah Kanan Fakulti Sains Bumi (FSB) Dr. Amal Najihah Muhamad Nor (Develop New Spatial Analytic Framework For Strategic Planning Of Zero COVID-19 Outbreak) dan Pensyarah Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) Prof. Madya Dr. Maizan Mohamed (Modification Of In House Reverse Transcription Loop Amplification Method (RT Lamp) For Simple, Rapid And OnsiteTesting of SARS-CO2 (COVID-19) Virus).

Turut menerima geran itu adalah staf Institut Kepintaran Buatan dan Data Raya (AIBIG) Prof. Madya Dr. Nooraini Yusoff (COVID Face Prototype of Facial Recognition Tracking For COVID-19), Pensyarah Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) Dr. Wee Seng Kew (Evaluation of The Efficiency of Targeted Misting Disinfections in Disinfection Tunnel Set Up).

Selain itu, Pensyarah Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) Dr. Siti Salina Saidin (Cyberloafing and Its Impact on COVID-19 Work From Home: An Exploratory Study Among Public Workers) dan Pensyarah Fakulti Senibina dan Ekistik (FAE) Dr Siti Aisyah Muhammad (Kajian Rekaletak Ruang-Ruang Sementara Khusus COVID-19 Terhadap Kesiapsiagaan Penerimaan Penyakit Berjangkit).

Turut menerima geran berkenaan daripada kalangan bukan akademik adalah Pengarah Pusat Komputeran dan Informatik (CCI), Wan Azlee Wan Abdullah (Smart Tracking System (Real Time Tracker) Monitoring The COVID-19 Pandemic Chain.

Beliau berkata, pihaknya menerima 107 permohonan geran penyelidikan selepas tawaran UMK-C19SG dibuka pada 1 Mei hingga 21 Mei lepas. – BERNAMA

(Visited 377 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button