Covid-19: ‘Tahniah’ Kementerian Pelancongan teruskan aktiviti di tempat awam
TINDAKAN agensi di bawah Kementerian Pelancongan meneruskan aktiviti berkaitan pelancongan mendapat ucapan ‘tahniah’ daripada rakyat Malaysia.
Keberanian agensi tersebut meneruskan penganjuran berkaitan pelacongan di tempat awam di tengah-tengah kegelisahan penularan wabak Covid-19 sememangnya menakjubkan.
“Syabas Kementerian Pelancongan . Teruskan program awam yang melibatkan orang ramai. Kalau Kementerian sendiri tak ikut nasihat PM, takkan rakyat tak boleh buat kenduri kahwin setakat 100 ke 500 orang kan?
“By the way, cek demam tu pakai thermal scanner ek?I really pity our heros in KKM. Sorority to our KKM heroes,” komen seorang warganet, Nurhidayaty Maidin.
Beliau mengulas tindakan Tourism Malaysia yang meneruskan penganjuran pertandingan memancing Tourism Malaysia Surfcasting Tour (TMST2020) siri pertama di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson semalam.
Aktiviti untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 itu disertai oleh kira-kira 1,515 orang.
Pengarah Pelancongan Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar dalam laporan itu berkata, walaupun kedatangan pelancong agak terjejas disebabkan wabak koronovirus (Covid-19) namun beliautidak menyangka program pertama yang berlangsung di sini sangat meriah.
“Kita ada peserta yang datang dari luar Negeri Sembilan termasuk Kuantan, Selangor, Melaka dan Singapura.
“Jika ada yang demam kita tidak benarkan mereka bertanding. Peserta juga perlu menggunakan hand sanitizer,” katanya ketika seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.
Rata-rata pembaca portal berita itu tidak setuju dengan tindakan Tourism Malaysia meneruskan aktiviti Tahun Melawat Malaysia 2020 dalam keadaan virus Covid-19 sedang menular dan semakin meningkat.
“Memang pentingkan diri sendiri. Sekarang ini penyakit Covid-19 sedang menggila. Masih lagi meneruskan aktiviti2 ni?” tanya Norashikin Tajuddin.
“Adoi tidak ada kesedaran dan kerjasama masing-masing. Menyusahkan orang lain. Bila dah kena pandai pulak nak menyalahkan sana sini . Tolonglah hargai usaha pihak-pihak yang berkorban untuk kesejahteraan semua. Sia-sia usaha kalu 40 sembuh 100 lagi yang masuk wad. Nak kuarantin lagi,” bebel No See.-SM