Nasional

Covid-19: Peruntukan RM100 juta pengambilan segera 2,000 kakitangan perubatan

KERAJAAN mengumumkan peruntukan RM100 juta bagi pengambilan segera kakitangan perubatan secara kontrak terutama jururawat seramai 2,000 orang bagi mengekang wabak Covid-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ketika ini ramai jururawat dan kakitangan hospital yang amat
keletihan.

Ini kerana mereka terpaksa bekerja siang dan malam untuk membuat saringan kes Covid-19 dan merawat mereka yang disahkan positif.

“Saya berharap pengambilan kakitangan baharu ini dapat dibuat dengan segera  supaya semua hospital di negara kita mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk menangani penularan wabak COVID 19,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sejurus selesai mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Tindakan Ekonomi hari ini.

Sementara itu, kerajaan juga bersetuju untuk menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta kepada
Kementerian Kesihatan bagi menyokong usaha menangani COVID-19.

Peruntukan tersebut antara lainnya akan digunakan untuk membiayai pembelian peralatan perubatan seperti ventilator dan peralatan ICU, peralatan perlindungan diri (PPE) tambahan bagi kakitangan perkhidmatan perubatan awam serta keperluan makmal untuk saringan COVID-19.

“Untuk menyegerakan pembelian barangan kritikal, kerajaan telah meluluskan tatacara perolehan secara darurat,” kata Muhyiddin.

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button