Nasional

Covid-19: Pengurusan PKRC MAEPS ubah strategi

PENAMBAHAN jumlah pesakit Koronavirus (Covid-19) yang perlu menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), Serdang menyebabkan jumlah katil di sana perlu disusun semula.

Jumlah katil yang terdapat di sana kini adalah sebanyak 6,272 dijangka tidak mencukupi berikutan peningkatan pesakit kategori tiga iaitu lebih kritikal di tempatkan di sana.

Penambahan jumlah pesakit adalah didorong oleh peningkatan ke harian yang terdapat di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan serta Melaka sebelum sebuah PKRC diwujudkan di sana.

Justeru, Pengurusan PKRC di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) memaklumkan penyusunan semula katil dan wad kuarantin akan dilakukan termasuklah pembukaan dewan baharu yang menggunakan khemah.

“Dahulu strategi kita adalah gunakan katil dua tingkat, memang sesuai untuk menempatkan pesakit kategori satu dan dua.

“Tetapi, apabila pesakit kategori tiga, kita tidak nasihatkan pesakit untuk panjat katil atas, sebab mereka mungkin ada masalah pernafasan dan sebagainya.

“Jadi, kita terpaksa ubah strategi, daripada katil dua tingkat, kepada katil biasa. Sebab itulah, bila kita melihat angka, kita perlu melihat strategi selanjutnya.

“Sekarang ini, dewan A, kita terpaksa tukar katil dua tingkat kepada katil setingkat untuk menempatkan 1,121 pesakit kategori tiga sahaja.

“Kalau terpaksa tambah untuk pesakit kategori tiga, kita akan tukar dewan C yang sekarang ini katil dua tingkat kepada katil setingkat.”

Demikian penjelasan Pengarah PKRC, Dr. Shahabuddin Ibrahim, memaklumkan penambahan pesakit meningkat dengan banyak dan pada Jumaat lepas, sebanyak 939 penghuni baharu mendaftar masuk.

DR. SHAHABUDDIN IBRAHIM

Penambahan jumlah pesakit di PKRC Serdang didorong oleh peningkatan jumlah kes baharu terutamanya di Selangor yang mencecah 2,277 pada khamis lepas.

Namun, angka itu mulai turun pada Jumaat dan semalam apabila sebanyak 2,163 dan 1,647 kes baharu dilaporkan di negeri itu.

Dalam pada itu, Dr. Shahabuddi memaklumkan berlaku sememangnya berlaku kesesakan dalam wad kuarantin di setiap dewan berikutan penambahan pesakit.

Malah, sehingga petang semalam, sebanyak 3,695 pesakit sedang dikuarantin di MAEPS termasuk warga asing yang ditempatkan di dewan berasingan.

“Jumlah kemasukan semalam adalah 939, katil tersedia kini bersama dengan dewan baharu yang dibuka adalah sebanayk 6,272 buah.

“Tetapi, kita perlu membuat penyusunan semula katil-katil sedia ada kerana sekarang amat terdesak untuk menampung pesakit kategori tiga,” terangnya. – SM

(Visited 399 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button