Nasional

Covid-19: Kerajaan umum pakej rangsangan ekonomi lebih menyeluruh Jumaat ini

Kerajaan akan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang lebih menyeluruh Jumaat ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassib berkata, ketika ini pegawai di Kementerian Kewangan sedang bekerja bertungkus lumus menyediakan pakej tersebut yang akan memberikan manfaat kepada semua.

“Samada anda pemandu teksi, pemandu grab, petani, pengusaha restoran, penjual nasi lemak, penjual goreng pisang, penjual burger, pekerja harian, kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk pastikan anda semua beroleh manfaat. InsyaAllah, no one will be left behind,” kata Muhyiddin dalam Perutusan Khas sebentar tadi.

Beliau turut berharap pusat-pusat pungutan zakat di setiap negeri turut memainkan peranan secara lebih proaktif untuk membantu para asnaf yang saya percaya sedang menghadapi keadaan hidup yang agak lebih sukar pada masa ini. Berilah bantuan kepada mereka.

“Mungkin mereka yang sebelum ini tidak tersenarai sebagai asnaf, tetapi dalam keadaan ekonomi yang terjejas pada masa ini, mereka menjadi golongan asnaf yang layak menerima bantuan zakat,” kata Muhyiddin.

Menurutnya, dalam mesyuarat Kabinet hari ini, beliau telah mengarahkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menggerakkan jentera Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan bagi mengenal
pasti golongan asnaf yang layak disalurkan bantuan zakat dengan kadar segera.

Muhyiddin turut berharap pusat pungutan zakat di negeri-negeri lain juga dapat melakukan perkara yang sama.

“Organisasi-organisasi kebajikan atau charity organizations juga boleh memberi sumbangan kepada
mereka yang memerlukan.

“I call upon all charity organizations in this country to rise to the occassion by helping the needy regardless of race and religion during this trying moment. The difficulties they are facing are unprecented. And I believe all of you can do something meaningful to ease their burden,” kata Muhyiddin.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button