Ekonomi

COVID-19: Kerajaan, GLC, bank, korporat dan NGO perlu duduk semeja

SELAIN bergelut menangani penularan wabak virus korona, kerajaan juga perlu segera melaksanakan pakej rangsangan ekonomi bagi memastikan negara tidak terjejas teruk.

Ini berdasarkan jika dibanding dengan krisis mata wang dunia yang berlaku pada 1997, situasinya tidak seburuk yang dihadapi dunia pada masa ini.

Pemerhati bebas, Datuk Noordin Abbas berkata, krisis Covid-19 ini hampir semua negara di dunia menghadapi cabaran yang sama. Ia mungkin akan menjadi lebih buruk sebelum ia mereda.

Bahaya sebenar adalah dalam ekonomi. Ekonomi kita telah menderita dengan teruk untuk seketika sekarang. Ia kelihatan sangat berterusan.

“Pasaran saham kita telah disebut sebagai yang paling teruk di rantau ini. Saya juga menjangkakan ekonomi akan terus menderita dengan pemberhentian pekerja yang lebih tinggi,” katanya.

Related Articles

Jangkaan KDNK akan terus merosot dan peniaga-peniaga kecil akan merosot dan yang paling banyak akan dilanda ialah B40.

Oleh itu kerajaan kata Noordin mesti segera merumuskan Rangsangan Ekonomi sebagai “Penyelamat Negara” yang memberi tumpuan kepada B40 melalui BRIM seperti pakej, rebat cukai dan lain-lain.

Krisis ini akan berlarutan di seluruh dunia oleh itu, kita tidak boleh mengharapkan eksport muncul sebagai penyelamat ekonomi kita seperti Krisis 1997.

Kita perlu lebih baik bersedia untuk berdepan situasi yang paling teruk. Kemelesetan datang terus ke ruang tamu kita dan mengambil semua makanan di dapur kita.

Penyertaan perlu dari semua iaitu kerajaan, GLC, Bank, Korporat dan NGO. Bank dan Syarikat lain harus dipanggil untuk menyumbang dengan cara yang mungkin.

Setakat ini Kerajaan negeri Perak telah mengumumkan pemberian ‘one-off’ atau ‘sekali bayar’ sebanyak RM500 kepada 4,000 penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri berkenaan sebagai bantuan khas wabak Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, bantuan itu akan disalurkan melalui PBT dalam masa terdekat yang melibatkan kos hampir RM2 juta.

Menurutnya, kerajaan negeri juga akan menanggung separuh daripada kos sewaan gerai makanan dan medan selera di bawah semua PBT di Perak selama dua bulan melibatkan bulan Mac dan April dengan kos lebih RM770,000.

“Untuk 1,500 kakitangan barisan depan atau ‘front liner’ seperti doktor, jururawat, petugas kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri yang terlibat dalam menangani wabak Covid-19 di negeri Perak, sumbangan makan tengahari dan makan malam untuk semua petugas.

“Ini sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri dan rakyat Perak kepada petugas barisan depan yang bekerja keras dan berdepan risiko jangkitan dalam menangani wabak Covid-19. Bantuan ini melibatkan kos RM420,000 untuk selama dua minggu mulai esok.

“Selain itu, peruntukan khas sebanyak RM160,000 untuk membeli peralatan tambahan yang diperlukan oleh kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri,” katanya di sini.

Menurut Ahmad Faizal, jumlah keseluruhan bantuan khas Covid-19 tersebut lebih RM7 juta sumbangan kerajaan negeri dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri,” katanya.

Diharapkan lebih banyak kerajaan negeri dan pihak yang relevan tampil membantu kerajaan pada masa ini.

Lupakan segala perbezaan pandangan, tumpukan kepada menyelamatkan negara kita.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button