Covid-19: Indonesia lancar kempen nyah-jangkitan di masjid
INDONESIA telah memulakan kempen untuk melakukan nyah-jangkitan atau disinfeksi dilebih 10,000 buah masjid bagi mengawal penularan coronavirus atau crovid-19.
Setakat ini negara itu telah mencatatkan 117 kes corvid 19 dengan 19 kes baharu dicatatkan semalam (Ahad).
Menteri Pengangkutan negara itu, Budi Karya Sumadi menjadi orang kenamaan pertama dijangkiti wabak itu.
Sumadi menghadiri mesyuarat kabinet pada Rabu dan Jakarta, di mana beliau bertemu dengan Menteru Infrastruktur dan Pengurusan Air Belanda, Cora van Nieuwenhuize.
Presiden Joko Widodo atau Jokowi juga dikatakan akan melakukan ujian kesihatan untuk mengesan jangkitan virus itu.
Jokowi talah pergi ke Masjid Istiqlal pada Jumaat untuk menyakiskan proses nyah-jangkitan di masjid terbesar di Asia Tenggara itu.
Pengerusi Majlis Majis Indonesia yang juka bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla melancarkan inisiatif nyah-jangkitan itu di Masid Al-Munawwarah di Jakarta Selatan.
“Virus ini mudah mereka di tempat ramai orang berkumpul dan salah satunya termasuk masjid,” kata Jusuf.
Majlis itu telah bekerjasama dengan beberapa penyedia khidmat pembersihan yang akan menghantar pasukan untuk melakukan nyah-jangkitan di masjid-masjid di Jakarta.
“Sasaran kami ialah untuk membersihkan 10,000 masjid di Jakarta dan kawasan sekitarnya, dan kami akan menambah anggota pasukan supaya dapat membersihkan sekitar 200 masjid sehari.
“Kami memerlukan sekurang-kurangnya 30 minit untuk melakukan kerja-kerja nyah-jangkitan bergantung kepada saiz masjid,” kata pengarah kempen itu Zainal Arifin. – ARAB NEWS