Politik

Covid-19: DAP mohon tangguh kongres tahunan

PENINGKATAN jangkitan wabak pandemik Koronavirus (Covid-19) membimbangkan kepimpinan DAP untuk meneruskan kongres tahunan mereka.

Justeru, kepimpinan parti itu memohon kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) supaya membenarkan kongres tahunan mereka ditangguhkan.

Ini kerana, kongres tersebut berisiko menyebabkan penularan lebih teruk sekiranya diteruskan juga pada hujung tahun ini.

Tambahan pula, kongres tersebut bakal melibatkan kira-kira 4,000 perwakilan dari seluruh negara hadir untuk mengundi calon kepimpinan baharu parti.

“Justeru itu, saya telah menghantar surat rayuan pada hari ini kepada ketua pengarah ROS.

Related Articles

“Untuk memohon supaya kelulusan agar kami diberikan kebenaran menangguhkan kongres untuk sekurang-kurangnya enam bulan lagi sehingga keadaan lebih terkawal.

“Saya berharap ROS akan memberikan pertimbangan kepada permohonan kami secepat mungkin.

“Memandangkan keadaan semasa adalah luar biasa dan di luar kawalan kami.”

Demikian kata Setiausaha Organiassi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook yang menulis surat kepada kepada ROS.

Beliau dikatakan menghantar permohonan itu sejak 6 Julai lalu bagi memohon penangguhan susulan penularan wabak Covid-19 yang masih belum berakhir.

Bagaimanapun, pada 7 September lalu, ROS memberi maklumbalas kepada permohonan tersebut dan meminta DAP melaksanakan kongres parti sebelum 31 Disember.

Justeru, DAP memaklumkan kerja-kerja persiapan untuk mengadakan kongres parti sudah dilakukan.

Terdahulu, DAP juga memaklumkan akan berlaku perubahan dalam kepimpinan partinya selepas kongres nanti.

Ini termasuklah penarikan diri Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng daripada jawatan tersebut.

Kemudian, nama Anthony juga disebut-sebut bakal bertanding jawatan tersebut bagi menggantikan Guan Eng. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button