Nasional

Adakah dia berada di Malaysia? Syahredzan persoal Pfundhelle

Video terbaharu Pfundhelle memberikan 15 kesilapan laporan Al Jazeera terhadap Malaysia

SETIAUSAHA Politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan mempersoalkan sama ada pembuat video berpengaruh, Dr. Dustin Pfundhlle berada di Malaysia.

“Adakah dia berada di Malaysia,” tanya Syahredzan di Twitternya sambil berkongsi ciapan Bernama TV yang turut menyertakan video terbaharu Pfundhelle.

Dalam video itu, Pfundhelle memberikan 15 fakta kesilapan loporan Al Jazeera bertajuk ‘Locked up in Malaysia’s Lockdown’

Menurut Pfundhelle laporan Al Jazeera mempunyai banyak kesilapan mengenai usaha Malaysia membendung Covid-19.

Kesilapan kelima belas adalah Al Jazeera mengambil visual di kawasan sensitif walaupun terang-terangan telah dilarang oleh anggota keselamatan yang bertugas.

Malah di Amerika Syarikat jika seseorang mengambil visual di kawasan yang dilarang boleh mengakibatkan mereka dipenjara.

“Mungkin Al Jazeera fikir sebab dia adalah wartawan maka dia boleh mengatasi orang lain,” kata fundhelle.

Kesilapan ke-14, wartawan Al Jazeera mengadu tidak dibenarkan masuk ke kawasan berisiko tinggi Covid-19.

“Saya tak pasti sama ada mereka sedar bagaimana Covid-19 tersebar. Virus ini mudah untuk dijangkiti.

“Jika anda menonton laporan Al Jazeraa, wartawan tersebut langsung tidak memakai pelitup muka di kawasan yang berisiko. Sedangkan doktor yang bertugas memakai pakaian pelindung yang lengkap,” jelas beliau.

Kesilapan ke-13 adalah AL Jazeera tidak membenarkan sebarang komen terhadap laporan video itu yang dikongsi di media sosial stesyen televisyen antarabangsa itu.

“Mereka blok komen di YouTube. Anda perlu benarkan orang untuk membuat komen supaya mereka boleh memberitahu kesilapan yang dilakukan. Atau terdapat sesuatu yang berat sebelah.

“Jika anda tidak membenarkan orang membuat komen, mereka tidak boleh berbuat demikian. Dan saya rasa sebagai wartawan anda tidak profesionl jika tidak membenarkan sebarang komen,” katanya.

Kesilapan ke-12 adalah mendakwa Kerajaan tidak memberi sebarang respon.

“Baiklah Mr. Drew Ambrose, Kerajaan agak sibuk melawan dan mengekang Covid-19 yang boleh membawa maut dan mudah dijangkiti.

“Maaflah, mereka mungkin tidak mempunyai masa untuk menjawab setiap butir pertanyaan yang anda ada kerana sibuk melawan Covid-19. Tolonglah bukan setiap orang boleh melayan anda,” terang Pfundhelle.

Video penuh Pfundhelle boleh ditonton di Facebook Othe Side of the Truth. Video tersebut mendapat 46,000 reaksi, dikongsi sebanyak 33,000 kali dan mempunyai 2,900 komen.

Pfundheller yang sebelum ini menghasilkan video ‘How Malaysia Did the Impossible’ berkaitan usaha Malaysia memerangi Covid-19 hingga meraih lebih 3.2 juta tontonan sebelum ini berjanji akan membuat satu lagi video bagi membetulkan laporan Al Jazeera.

Laporan dokumentari yang disiarkan di Al Jazerra bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia sehingga laman Facebook dan YouTube agensi asing itu ‘diserang’ oleh rakyat Malaysia.

Video berdurasi 25 minit 50 saat itu mendakwa berlaku diskriminasi terhadap pendatang tanpa izin dari segi layanan terhadap mereka ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani wabak COVID-19.

Seorang lelaki warga Bangladesh, M. Rayhan Kabir memfitnah Malaysia kononnya pendatang asing tanpa izin (PATI) diberikan layanan buruk semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

‘How Malaysia Did the Impossible’ hasil terbitan Pfundheller sebelum ini mengiktiraf kejayaan Malaysia melawan Covid-19 dan kini merupakan salah satu negara paling selamat di dunia.-SM

 

(Visited 150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button