Luar Negara

Coronavirus: 7,000 terperangkap dalam kapal mewah di perairan Rom

KAPAL persiaran mewah Itali dengan 7,000 orang di dalamnya terdampar di perairan dekat Rom apabila seorang wanita Cina dari Macau jatuh sakit disyaki dijangkiti coronavirus.

Kapal Costa Smeralda itu kini diletakkan dekat Civitavecchia kira-kira 35 batu utara Rom.

Wanita berusia 54 tahun itu bersama suaminya yang tidak menunjukkan sebarang symptom diasingkan serta merta daripada penumpang lain dan darahnya telah diambil untuk diuji.

Menurut Mail Online, wanita yang identitinya dirahsiakan itu telah memaklumkan kepada pegawai perubatan di atas kapal pada Rabu sebaik sahaja dia mengalami suhu tinggi dan kesukaran untuk bernafas.

Semua penumpang berjumlah 6,000 orang dan anak kapal seramai 1,000 orang tidak dibenarkan meninggalkan kapal tersebut sebelum keputusan ujian keluar.

Costa Smeralda adalah kapal persiaran yang baharu dibina dan memulakan pelayarannya di Cititavecchia pada 23 Januari lalu sebelum berhenti di La Spezai, Savona, Marseilles, Barcelona dan Mallorca.

Kapal tersebut dijadualkan berlabuh di Cititavessia sebelum diarahkan berhenti.-Agensi

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button