Rencana

Coretan pengalaman sebagai setiausaha sulit kanan menteri

 

1. Sahabat saya mencadangkan agar saya menulis sedikit mengenai pengalaman saya sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Kabinet sepanjang 18 tahun berkhidmat di 8 Kementerian.

2. Orang Perak kata, jenuh berpindah randah Yeop. 8 Kementerian, satu pengalaman yang amat sukar mahu di lupakan. Saya cuba bercerita sedikit di sini untuk sahabat-sahabat saya.

3. Saya berkhidmat dengan Tan Sri Noh Omar selama 13 tahun di 5 Kementerian.

Noh Omar adalah antara Menteri terbaik Kabinet Persekutuan. Kehebatan beliau berdebat di Parlimen menyebabkan Ahli-Ahli Parlimen PAS terutama Hassan Ali dan DAP Lim Kit Siang, sering mengaku kalah.

Beberapa kali Speaker menangguhkan Dewan Rakyat 10 minit untuk meredakan perdebatan mereka di Parlimen.

4. Kehebatan Noh Omar berdebat mendapat perhatian kawan dan lawan. Apabila Noh menang kerusi Parlimen Tg. Karang, Selangor untuk penggal yang ke 3, Tun Abdullah PM ketika itu mengumumkan perlantikan Ahli Jemaah Kabinet yang baru. Noh Omar di umum oleh Pak Lah, sebagai Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN).

5. Perlantikan ini di sambut baik oleh semua pihak. Memandangkan Noh lulusan undang-undang dan mempunyai perwatakan yang garang serta serious, pasti boleh menjaga hal ehwal keselamatan negara dengan baik.

6. Seperkara yang menarik berlaku berkenaan dengan perlantikkan ini.

Esok angkat sumpah jawatan, hari ini raptai di Istana Negara. Selepas raptai, Noh pun pulang ke Jabatan Perdana Menteri pukul 3.30 pm. Noh terus ke pejabat PM Pak Lah kerana di panggil.

Berkemungkinan, PM Pak Lah mahu memberi sedikit sebanyak garis panduan apa yang perlu di lakukan di KDN kerana Pak Lah adalah merupakan Menteri KDN.

Selepas jumpa PM Tun Abdullah, Noh kembali ke pejabat Setiausaha Parlimen JPM di Aras 3, Blok B.

Noh kata, panggil Saiful tu. Saya pun sampai di pejabat Noh. Saya kata, Ya Boss, PM bagi tugas apa kepada kita ?

Noh kata saya akan lantik you sebagai Setiausaha Sulit Kanan tetapi bukan tugas yang di beri oleh PM Pak Lah.

Pak Lah bagi tahu, kita kena pindah ke Kementerian Pertahanan sebagai Timbalan Menteri Pertahanan kerana jawatan Timbalan Menteri KDN ini, penjawat yang dahulu minta balik. Dengan alasan, dia baru sahaja memegang jawatan Pengerusi PEMADAM, badan yang menjaga hal ehwal membenteras penyalah-gunaan dadah.

PM Pak Lah akan umum pertukaran ini esok pagi sebelum angkat sumpah petang esok.

Macam mana Saiful ?

Saya kata it’s okay Boss. Sebagai Timbalan Menteri Pertahanan, kita akan ada kapal terbang sendiri (TUDM), kesana kesini dengan kapal terbang tentera la. Itu belum lagi helikopter tentera. Tak ada hal, letak dimana pun, i am sure you will perform well.

Tetapi, rasanya tak manis kalau PM umum esok, ada sedikit pertukaran jawatan antara 2 individu ini. Timbalan Menteri Keselamatan dengan Timbalan Menteri Pertahanan.

_It will show the Prime Minister Flip Flop in making his decision._

Perdana Menteri akan kelihatan bertukar fikiran apabila ada orang datang jumpa dia, tak mahu bertukar tempat.

Apa kata di masa akan datang, ada pula seorang Menteri tidak mahu jadi Menteri Belia dan Sukan, jumpa Pah Lah, minta pula nak jadi Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Macam mana ? Boleh PM layan. Flip flop lagi dan ikut tekanan yang diberi oleh Ahli Politik di sekeliling PM ?

7. Bagaimana cara hendak hadapi masalah ini Saiful ?

Saya jawab, kita tidak boleh bantah arahan Perdana Menteri, tetapi kita boleh sampaikan message kepada PM melalui KSUS dan Setiausaha Politik PM (thro’ the back channel/ lorong belakang) bahawa *this is a wrong decision*, PM akan kelihatan flip flop di mata Rakyat, Pemimpin ASEAN serta Dunia.

Hari ini umum Kabinet. Esok lakukan rombakan lagi, tukar lagi. _Does not make sense._ Tidak logik dan mempamirkan kelemahan pentadbiran ini.

_Wrong move and a bad start for this Administration._

8. Malam jam 1 pagi, Dato’ Noh Omar talipon saya. Saiful, saya tidak boleh tidor mengenangkan esok pagi PM akan umum tukar portfolio. Satu Malaysia sudah tahu saya akan ke KDN, tiba-tiba saya ke Defence. Macam mana ?

Relax Boss. Dengan Kementerian Pertahanan pun kita okay.

Airline sendiri. Kemana pun kita ada private jet, pesawat sendiri dengan Tentera Udara Malaysia (TUDM). Ada personal steward dan stewardess lagi. Apa ada hal. I know you will be a great Deputy Minister of Defence. Tidor, esok angkat sumpah.

9. Jumaat. Jam 9.30 pagi. Telepon berbunyi. Ya, hello. Encik Saiful, ini pejabat PM. Boleh tak carikan Datuk Noh, PM hendak bercakap dengan Datuk Noh urgent. Kita call Hp. dia, tidak berangkat. Jap saya cari.

Saya call driver Datuk Noh dan tanya Boss di mana ? Boss di bilik atas tengah bersiap. Naik ke bilik Boss, ketuk pintu dan panggil boss saya nak cakap penting.

Saya bagi tahu Datuk Noh, Boss, angkat Hp. sekarang PM cari you. Urgent. PM will call you dalam 5 minit lagi.

PM pun dapat call Datuk Noh.

Pak Lah tanya Noh. Noh you dah bagi tahu Najib (Menteri Pertahanan) you akan ke Defence sebagai Timbalan Menteri ?

Noh jawab, belum Pak Lah. Tunggu pengumuman Pak Lah.

Pak Lah jawab. Good, tak payah maklum. Pak Lah decided tak jadi tukar you ke Defence. You stay and serve as Pak Lah’s Deputy di KDN. Petang nanti angkat sumpah.

Noh jawab. Thank you Pak Lah.

10. Yes indeed, Alhamdulillah dan Thank You Pak Lah.

Perdana Menteri, Pak Lah tukar fikiran dan tidak lakukan rombakkan sebelum Majlis Angkat Sumpah Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri tahun 2004, selepas Pilihanraya Umum di mana Barisan Nasional mencatatkan kemenangan terbesar dalam sejarah politik negara.

11. *SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE 82,* Y.A.Bhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Malaysia yang amat di kasihi.

*26 NOVEMBER 2021.*

*TERPAHAT DENGAN TINTA EMAS SEGALA JASA PAK LAH KEPADA NEGARA.*

*SEKIAN.*

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button