JenayahNasional

“Yang Cekik OKU Sampai Mati Mesti Disabitkan Membunuh Tanpa Niat” – Melayu Akhir Zaman

Rakaman seorang pemuda OKU yang mengalami masalah mental dicekik oleh tiga lelaki sambil disaksikan orang ramai bukti Melayu akhir zaman semakin berpenyakit.

Dalam hal ini, tak tahu siapa yang alami masalah mental sebenarnya.. adakah yang mencuri portable speaker yang harganya tak seberapa itu?

Atau tiga lelaki yang sihat tubuh badannnya, mungkin sering dianggap taiko kawasan, ada sikap berani yang melampau atau jenis panas baran tak berfikir?

Hujung-hujung.. cekik punya cekik, meninggallah pemuda OKU tersebut sambil disaksikan ramai lagi Melayu-Melayu lain tanpa ada usaha untuk leraikannya.

Maka dengan ini, percayalah.. tidak mustahil pada masa akan datang, orang kena langgar kereta depan mata pun, Melayu-Melayu akhir zaman ini akan buat tak endah.

Lepas sudah viral, barulah terhegeh-hegeh nak jadi penyelamat keadaan sedangkan pada masa itu, semuanya sudah terlambat.

Namun demikian, meski pun tiga lelaki gila yang mencekik pemuda OKU itu ditahan, apa hukuman akhir yang akan dikenakan oleh mereka?

Ada netizen yang menulis dalam media sosial, mesti lelaki yang membunuh itu akan dituduh ‘membunuh tanpa niat’ biar pun ada bukti rakaman video.

Mengapa? Lihat sahaja pada kes bunuh Zulfarhan. Meskipun pada tubuh bersepah tanda-tanda kena dera dan cubaan dibunuh, MAHKAMAH DUNIA hanya sabitkan sebagai ‘membunuh tanpa niat’.

Maka.. marilah kita semua tanpa niat berbuat sesuatu untuk terlepas hukuman dunia yang dikawal oleh pemikir undang-undang yang tidak berlandaskan Islam sebagai cara pentadbiran!

(Visited 1,278 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button