Coolblog lancar kempen pesta buah-buahan bagi raikan musim cuti hujung tahun
SEMPENA musim cuti dan perayaan penghujung tahun ini, jenama pencuci mulut dan minuman halal tempatan terkemuka, Coolblog, mengambil kesempatan untuk menambahkan lagi kemeriahan hujung tahun ini dengan menganjurkan Kempen Pesta Buah-Buahan.
Kempen ini berlangsung dari 16 Disember 2021 hingga 10 Februari 2022, orang ramai boleh memilih dan menikmati aneka minuman berasaskan buah yang enak dan berkualiti daripada pemilihan perisa buah kempen tersebut – Fruitti Series.
Bagi mereka yang sudah mencuba pasti akan kembali dengan keinginan untuk merasai minuman yang lain kerana terdapat beberapa tema yang berbeza dan akan diperkenalkan setiap dua minggu di sepanjang tempoh kempen.
Berdasarkan empat tema – Happy Honeydew, Magic Mango, Breezy Blue Coral dan Sassy Strawberry – para pelanggan boleh membuat pesanan dengan mudah dan memilih salah satu daripada tiga resepi terpilih, atau mencipta sendiri minuman buah mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing dengan pilihan 14 jenis perisa yang terdapat dalam menu.
Kesemua minuman tersebut ditetapkan pada harga berpatutan RM8 setiap satu bagi saiz 700ml.
Para pelanggan juga berkesempatan menikmati tawaran istimewa percuma satu minuman siri Fruitti dengan pembelian Party Pack yang mengandungi tiga minuman daripada pilihan Happy Honey Dew dari 23 hingga 26 Disember 2021.
Minuman untuk kempen kali ini serta produk yang ada di dalam menu boleh didapati di kesemua kedai Coolblog atau boleh membuat pesanan melalui aplikasi GrabFood dan FoodPanda.
Ketua Perhubungan Korporat dan Komunikasi Coolblog, Win Zaidi Zakaria, berkata: “Musim cuti dan perayaan ini tentunya memberi kesempatan terbaik buat diri anda dan orang tersayang untuk sama-sama menikmati sesuatu yang enak, terutamanya sekarang semakin banyak sektor telah dibenarkan beroperasi semula berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.
“Di Coolblog, kami komited untuk menyajikan pencuci mulut dan minuman yang enak, berkualiti dan harga berpatutan. Singgahlah di kedai Coolblog untuk hilangkan dahaga dengan pilihan minuman perisa buah yang sedap dan menyegarkan melalui Siri Fruitti.
“Para pelanggan dapat menikmati pilihan kegemaran mereka bersempena dengan kempen Pesta Buah-Buahan dan mencuba sesuatu yang baharu kerana tema berbeza akan dilancarkan setiap dua minggu. Ini adalah cara terbaik untuk menarik pelanggan baharu ke Coolblog sama ada untuk mencuba menu sedia ada ataupun mencipta minuman mengikut cita rasa sendiri berdasarkan gandingan perisa yang disediakan.”
Sejak kedai pertamanya dibuka pada 2008, Coolblog telah pun menawarkan kepada rakyat Malaysia pelbagai pilihan pencuci mulut dan minuman tempatan dan antarabangsa yang dihasilkan daripada bahan-bahan bermutu tinggi.
Dengan aneka pilihan yang tertera pada menu, para pelanggan Coolblog pasti akan dapat menemui minuman kegemaran mereka dan pada masa sama tidak keberatan untuk mencuba sesuatu yang baharu.
Coolblog kini memiliki sebanyak 270 cawangan di seluruh negara. Angka itu dijangka bertambah dengan pembukaan beberapa lagi cawangan di kawasan kejiranan baharu menjelang akhir tahun. Untuk perkembangan terkini, sila layari platform media sosial Coolblog @CoolblogMalaysia di Facebook dan Instagram.