Hiburan

Concert Presenter Konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity ajar wartawan hiburan

DUA hari telah berlalu dan rasanya para wartawan hiburan yang sakit kaki kerana berdiri membuat liputan Konsert Semalam Di Malaya – Lima Dekad Sweet Charity di Zepp Kuala Lumpur berdurasi lebih kurang 2 jam 45 minit, beransur pulih.

Bukan kaleng-kaleng wartawan hiburan kena berdiri, tidak disediakan tempat duduk atau kerusi mahupun bangku macam jaga sekolah oleh penganjur utama atau Concert Presenter bagi Konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity, Malaysia Shipowners’ Association (MASA), mereka sebaliknya memberi satu pengajaran kepada kalangan wartawan hiburan supaya memilih untuk membuat liputan acara yang dianjurkan oleh mereka pada masa akan datang.

Sebagai wartawan hiburan, bukanlah mahu banyak songeh atau cengkadak dengan diberikan tempat duduk eksklusif atau kerusi empuk sebaliknya Malaysia Shipowners’ Association (MASA) semestinya bijak membezakan di antara peminat yang hadir untuk berhibur pada malam konsert dengan kalangan pengamal media yang hadir kerana tugasan dan tanggungjawab.

Peminat memang sanggup berdiri kerana mereka mahu menari, melompat, bersorak dan enjoy apabila dihiburkan oleh vokalis Sweet Charity, Datuk Ramli Sarip pada 26 Januari, baru-baru ini.

Tetapi wartawan hiburan yang turun padang, bukan untuk berhibur tetapi untuk membuat liputan, menulis dan menonton persembahan Sweet Charity supaya diangkat sebagai satu persembahan yang menggamit memori indah dalam diri setiap insan yang hadir.

Bagaimanapun, itu tidak berlaku kerana apabila wartawan hiburan berdiri, lenguh kaki, tumpuan atau fokus untuk menyaksikan persembahan Abang Ramli pun sudah lari.

Hanya mampu bertahan tiga lagu pertama dendangan Abang Ramli, masuk lagu keempat dan seterusnya, tuntutan kaki yang lenguh mendesak untuk mencari pot duduk.

Apabila ada rakan wartawan yang duduk bersila di atas lantai dalam kandang yang disediakan untuk wakil-wakil media yang hadir membuat liputan pada malam persembahan, yang tidak mampu untuk duduk bersila lipat kaki, menenggek punggung di split level yang mana akhirnya peminat yang berdiri, tersepak kita yang duduk!

Indah sungguh kenangan yang diberikan oleh  Concert Presenter bagi Konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity, Malaysia Shipowners’ Association (MASA) kepada wartawan-wartawan hiburan yang hadir membuat liputan di Zepp Kuala Lumpur.

Tahniah kerana mereka berjaya menjual tiket bernilai RM15,000 untuk box seat di Zepp Kuala Lumpur bagi Konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity dan sungguhlah sound sistem atau sistem bunyi di Zepp memang cun!

Sekalung tahniah kepada Pengurus Besar MASA, Mohd Helmi Zaharudin yang sebelum ini, mengakui mereka berpengalaman menganjurkan konsert besar-besaran dengan tidak mengambil peduli kehadiran wartawan hiburan pada malam Konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity di Zepp Kuala Lumpur, membuat liputan dalam posisi berdiri!

Tahniah kepada Abang Ramli yang terus menghiburkan para peminat dengan 20 buah lagu terbaik seleksi Sweet Charity termasuk lagu-lagu yang dirakamkan 40 tahun yang lalu.

Kemantapan vokal Abang Ramli dalam usia 70 tahun tidak dapat dipertikaikan oleh mana-mana pihak dan alunan persembahan lagu-lagu Sweet Charity di tahun 2024 diberi sentuhan segar oleh  Rozario Rasul, Eddie Cradle dan Din Safari yang meletakkan mereka sebagai sebahagian daripada anggota Sweet Charity! – SM

BACA “Kami dibesarkan ketika belum Malaysia.. Malaya,” – Dato Ramli Sarip

BACA Tiket box seat RM15,000 tonton Konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button