Banjir
“Cina Ke, India Ke, Melayu Ke.. Kita Memang Ada Kita Jer!” – Adham
Sebenarnya, kita memang ada kita je. Cina ke India ke Melayu ke. Kita memang ada kita je. Ini bukti dari Benta, yang tak kena banjir pun sanggup randuk air, tolong angkat barang bantuan. Cina ada, India ada, Melayu ada. Takde hal.
Yang pecahkan kita, yang mahu kita syak wasangka sesama kita. Sistem orang politik lah. Supaya deme kekal berkuasa dan boleh berlakon menjadi hero bangsa sendiri. Konon nya
Aku percaya bukan ini sahaja bukti yang ada, seluruh Malaysia sekarang tak kira apa bangsa, apa agama pun sedang bertungkus lumus membantu sesama kita. Ini bukan bencana, tapi ini rahmat untuk kita semua.
Terima Kasih Anak-anak Malaysia!
Kredit: Mohamad Adham Kamarulzaman