Luar Negara

China hantar vaksin Sinophram ke Vietnam

CHINA melaksanakan komitmennya membantu negara dunia memerangi wabak Covid-19 dengan yang terbaharu, penghantaran bekalan tambahan vaksin dari China yang dihasilkan, Sinopharm ke Vietnam.

Bekalan vaksin Sinophram itu dihantar semalam dan upacara penyerahan sumbangan disaksikan oleh Menteri Kesihatan Vietnam, Nguyen Thanh Long dan Duta Besar China ke negara tersebut, Xion Bo di lapangan terbang Vietnam.

Nguyen Thanh Long dalam ucapannya menyanjung tinggi kejayaan China dalam melawan wabak Covid-19 dan pada masa yang sama, turut menghargai bantuan vaksin dari China.

“Besar harapan kami untuk melihat usaha bersama melawan pandemik Covid-19 dan kajian bersama vaksin terus dijalankan antara Vietnam dengan China,” katanya.

Menurut Kementerian Kesihatan Vietnam, keutamaan program vaksinasi bagi pusingan kali ini akan diberikan kepada tiga golongan iaitu warga China yang bekerja di Vietnam, warga tempatan yang berhasrat belajar atau bekerja di China dan penduduk di kawasan sempadan.

Menurut pihak berkuasa Vietnam, vaksin yang dihasilkan Sinopharm itu adalah vaksin Covid-19 kedua di negara republik tersebut.

Untuk rekod, wabak Covid-19 mula-mula dikesan di wilayah Wuhan, China sekitar akhir tahun 2019 awal tahun 2020. – BERNAMA – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button