Auto Travel

Cherry Omoda 5 tampil den rekaan lebih moden serta futuristik.

CHERRY yang juga jenama kenderaan dari China kini kembali ke pasaran Malaysia dengan pasukan dan model baharu yang tampil lebih elegan serta moden.

Ia menawarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan teknologi terbaharu.

Buat julung kalinya, ia menampilkan model Plug-In Hybrid (PHEV) Tiggo 8 Pro e+ selain Tiggo 4 Pro, Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro dan Omoda 5.

Pengarah Negara Chery Malaysia Leo Chen berkata, sesi previu yang diadakan untuk media, bakal pengedar dan rakan niaga baru-baru ini memberi peluang kepada mereka untuk melihat lebih dekat model terkini berkenaan.

“Selain itu, pada acara dua hari yang diadakan di Setia Alam, Selangor, lebih 100 pengunjung menjadi individu terawal menyaksikan model ini yang menawarkan teknologi, kualiti dan reka bentuk unggul.

“Acara ini juga adalah platform untuk mengukuhkan penyelidikan pasaran bagi strategi produk dan jenama ini di Malaysia,” katanya.

Model Omoda 5 antara yang menarik perhatian. Ia menawarkan rekaan lebih moden serta futuristik.

Omoda 5 ini menawarkan teknologi termaju termasuk Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) dan enjin 1.5 Turbo CVT.

SUV bersaiz penuh Tiggo 8 Pro pula dikuasakan enjin 2.0 liter TGDi dengan kapasiti muatan tujuh tempat duduk. Ia disasarkan untuk usahawan dan profesional.

Untuk model PHEV, ia dilengkapi enjin 1.5 liter Turbo transmisi ‘dedicated hybrid transmission’ (DHT) dan untuk kuasa elektrik penuh, ia boleh menempuh perjalanan sehingga 80 kilometer (km).

Model Tiggo 7 Pro dengan enjin 1.5 Turbo pula menawarkan keseimbangan antara gaya bandar dan mewah serta tiga skrin definisi tinggi dalam kabin.

Untuk model Tiggo 4 Pro, padanan enjinnya sesuai buat golongan muda kerana ia menggabungkan teknologi dan keselesaan.

(Visited 431 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button