Politik

Chegu Bard gesa Lokman buat permohonan maaf terbuka susulan wacana Sinar

Pertamanya saya ucap tahniah daj terima kasih kepada Sinar Harian kerana menganjurkan WACANA SINAR dan menjemput saya semalam disamping ahli panel lain seperti Datuk Lokman Adam, YB Arafat Virisai Mahamad dan Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Saya mengenali Lokman Adam dan saya menjangkakan keangkuhan dan kesombongan dia. Namun saya tidak menjangkakan tindakan beliau yang agak tidak berketamadunan dalam forum rasmi yang disaksikan ratusan ribu penonton secara langsung melalui beberapa saluran.

Ketua Media Kerajaan Perpaduan yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno juga Pengarah Komunikasi Umno memulakan forum semalam dengan menfitnah Sinar Harian tidak ada integriti kerana dapatan survey yang menyatakan majoriti anak muda memilih Perikatan Nasinal kerana dibayar (media buy) oleh Perikatan Nasional. Malah Lokman turut menghina media Malaysia dengan menyatakan media Malaysia tiada integriti kerana boleh melaporkan atau mrnbiat dapatan survey palsu berdasarkan siapa bayar.

Ini satu fitnah biadap kepada media Malaysia oleh orang yang dilantik Anwar Ibrahim sebagai Ketua Media Kerajaan Perpaduan. Sehingga akhir sesi Lokman terus dengan fitnah khususnya terhadap Sinar Harian bertindak berdasarkan siapa bayar.

Sikap angkuh dan biadap Lokman sehingga terpaksa ditegur moderator menunjukkan sikap pemimpin kerajaan yang tidak mahu mendengar, hanya dia yang betul malah sombong dengan kuasa yang ada.

Forum semalam saya sendiri tak sempat berhujah secara teratur kerana Lokman memgganggu berkali kali. Bukan itu sahaja Lokman terut biadap dengan menggunakan perkataan tidak sesuai serta menggunakan perkataan gelaran tidak sesuai. Seperti “badigol sood” , “gila babi” dan perbagai lagi untuk ditujukan kepada saya dan Tun Faisal.

Lokman juga secara tidak bertamadun turut mengejek saya guna nama Arwah Ayah saya seperti budak budak ketika bergaduh panggil kawan dengan nama ayah. Dia juga seret nama isteri pertama saya yang menjadi anak buah Anwar Ibrahim. Nampak sangat Lokman mewakili keangkuhan dan kesombongan kerajaan kerana dia turut mengajak penonton bergaduh. Mencabar penonton naik pentas. Sir Azri yang tak ada dalam studio F dan bukan ahli mana mana parti pun turut dilibatkan.

Untuk pengetahuan semua dia juga bawa penyokong ramai tapi malangnya penyokong dia sendiri malu dengan sikap dia.

Lokman secara terang menyatakan fitnah terhadap anak muda. Dia nyatakan anak muda makan duit mak bapak RM50 tetapi bila Pilihanraya dapat RM200 – RM300 akan mengundi ikut siapa bayar. Nampak sangat ia penghinaan terhadap aspirasi anak muda Malaysia.

Lokman juga fitnah PAS dengan menyatakan PRU 15 lalu, semua calon PAS diminta sumpah dengan libat talak isteri.

Bagi saya kemunculan Arafat menggantikan Shamsul Islandar (SuPol PM) benar menggambarlan wajah budak PKR yang penuh dengan angka dan formula. Mengulang angka dan formula yang dia sendiri tidak faham dan sudah ternyata gagal.

Hujah Lokman mengenai akta lompat parti pun menunjukkan dia sendiri tidak memahami dan hanya mengulang apa yang dia ditipu presidennya. Penafian Lokman terhadap prestasi Ringgit Malaysia juga hanya gambarkan kemampuan fikirnya yang hanya mengulang apa yang dia ditipu Anwar. Prestasi Ringgit semua orang boleh buat carian internet. Dia agak terkial kial cuba bela DAP dan Anwar sampai menyatakan bagus kenaikan harga barang menunjukkan rakyat mampu beli. Hujah Lokman diluar kemampuan manusia biasa untuk memprosesnya.

Saya dengan ini menuntut Lokman Adam memohon maaf secara terbuka ;

1. Atas kebiadapan dia FITNAH Sinar Harian dan media Malaysia tidak ada integriti dan menuduh media Malaysia boleh melapor dan membuat survey palsu berdasarkan berdasarkan siapa bayar ?

2. Menarik balik dan memohon maaf FITNAH terhadap PAS kononya PRU lepas semua nal jadi calon kena sumpah sampai libat cerai isteri…

3. Menarik balik dan meminta maaf kepada semua anak muda Malaysia kerana menudih anak muda tak ada maruah mengundi hanya berdasar duit….

Untuk “name call” menghina sampai libat keluarga dan arwah ayah saya kamu tak perlu minta maaf sebab memang faham keangkuhan dan kesombongan kamu yang gambarkan keangkuhan dan kesombongan kerajaan.

Melalui forum semalam jelas kerajaan ini perlu diajar mendengar rintihan rakyat dengan keluar beramai ramai jadikan 6 PRN ini sebagai referendum dan “wake up” call kepada kerajaan angkuh dan syok sendiri ini.

che’GuBard

Jawatankuasa Penerangan BERSATU Malaysia.

Lanjut klik: https://fb.watch/lAIC6Djrvf/?mibextid=Nif5oz

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button