CBP capai matlamat bebas karbon menjelang 2025 dengan menjaga alam sekitar
Seramai 70 orang kakitangan dan sukarelawan dari Co-opbank Pertama (CBP) bersama komuniti setempat menyertai International Coastal Clean-Up 2023 di Pulau Selakan, Semporna, pada 9 Oktober 2023.
Objektif aktiviti ini menerapkan kesedaran mengenai alam sekitar dan kesan pemanasan global ia selari dan komitmen ke arah mencapai matlamat negara bebas karbon menjelang 2025.
Program ini dianjurkan oleh Reef Check Malaysia dengan kerjasama Badan NGO Ecodistrict Association dan Luma selakan Eco Resort bersama penyelaras program, Stylo Events.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar, pogram ini sangat bermakna memberi manfaat kepada semua orang dan menjaga alam sekitar.
“Melalui program seperti ini dapat memupuk kesedaran mengenai kepentingan ekosistem alam sekitar dan sosio ekonomi yang menjadi sumber pendapatan masyarakat setempat dengan menjalinkan kerjasama strategik di antara agensi kerajaan, sektor koprat, badan NGO dan komuniti’’. Katanya.
Selain itu, aktiviti bermanfaat membersihkan pantai seperti mengutip 200 botol plastik yang terbuang akan mencipta satu kreativiti yang dapat dimanafaatkan untuk pelbagai kegunaan diberi nama Eco-Bricks Wall Art.
Secara tidak langsung ia mengurang pencemaran alam sekitar.
Aertikle Berkaitan :>
Angkasa, UKM tanam kesedaran penjagaan alam sekitar kepada pelajar sekolah