Auto TravelBerita AutoEkonomi

CARSOME teroka pasaran perkhidmatan selepas jualan

Dengan memperkenalkan Pusat Servis CARSOME

CARSOME, platform e-dagang kereta bersepadu yang terbesar di Asia Tenggara telah meneroka pasaran servis kereta selepas jualan dengan pelancaran Pusat Servis CARSOME. Syarikat tersebut telah memulakan operasi di dua buah Pusat Servis CARSOME di lokasi strategik masing-masing iaitu Petaling Jaya dan Ampang. Para pemilik kereta boleh membuat temujanji untuk pemeriksaan kali pertama melalui  laman web CARSOME.

Selain memenuhi keperluan pembeli kereta terpakai dari syarikat, Pusat Servis CARSOME juga boleh memberi perkhidmatan kepada sesiapa sahaja yang mencari kemudahan penyelenggaraan kereta tanpa kebimbangan, dan juga kepada mereka yang mencari rakan penyelenggaraan kereta yang dipercayai selepas tamat tempoh jaminan utama kenderaan mereka. Menurut data CARSOME, 80% daripada kereta CARSOME telah melepasi tempoh jaminan sah lima tahun mereka. Keadaan ini membayangkan kemungkinan yang lebih tinggi untuk pemilik kereta perlu menjalankan servis kereta mereka di bengkel biasa berbanding pusat servis yang dibenarkan.

Pusat Servis CARSOME telah dilancarkan baru-baru ini oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang awal hari ini di Petaling Jaya. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung.

Semasa ucapannya, Lih Kang mengalu-alukan pelancaran Pusat Servis CARSOME sebagai penyelesaian yang memberikan kepercayaan, pilihan, ketelusan dan kemampuan kepada pengguna. “Apa yang dahulunya menjadi amalan tradisional dalam servis dan penyelenggaraan kereta, kini akan menjadi lebih mudah dengan pengalaman digital yang dipertingkatkan. Saya yakin bahawa dengan pengembangan ini, CARSOME akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk juruteknik dan pakar mahir bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam sektor ini.”

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CARSOME Eric Cheng berkata: “Pusat Servis CARSOME menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang boleh dipercayai untuk penyelenggaraan kereta yang mudah dan tanpa kebimbangan. Kami komited untuk mengurangkan ketidakpastian yang terpaksa dilalui oleh para pemilik kereta untuk mendapatkan penyedia perkhidmatan penyelenggaraan kereta yang boleh dipercayai, berpatutan dan boleh diharapkan. Kami menyediakan platform tempahan digital yang telus, disokong oleh piawaian dan pakar CARSOME sebagai pusat penyelesaian sehenti untuk pemilik kereta.”

“Dari perspektif perniagaan, Pusat Servis CARSOME menandakan permulaan era yang menarik untuk menambah baik amalan sebelum ini dalam pasaran servis selepas jualan. Selain daripada memanfaatkan data dan teknologi untuk mendigitalkan perjalanan pelanggan, kami memperkenalkan pengalaman ‘phygital’ – memperkukuh pengalaman digital dengan elemen fizikal yang diperlukan untuk berinovasi dan menyampaikan penyelesaian menyeluruh untuk pelanggan kami di seluruh rantau ini.”

“Kami berterima kasih atas sokongan pihak berkepentingan kerajaan, termasuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang telah menyokong CARSOME sejak sekian lama melalui MAVCAP serta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang telah membantu kami untuk memperkenalkan inovasi perkhidmatan ini kepada pasaran Malaysia melalui Geran Pecutan Digital Malaysia. Kami berharap untuk mengembangkan perkhidmatan yang kami sediakan secara berperingkat.”

Sebagai sebahagian daripada komitmen CARSOME dalam menyampaikan perkhidmatan yang dipercayai, pemilik kereta boleh menikmati perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan kereta dengan kualiti terjamin yang disediakan oleh mekanik bertauliah. Mereka juga akan menerima pengebilan yang telus dan awal untuk perkhidmatan yang diperlukan. Setiap perkhidmatan penyelenggaraan kereta akan diberi 20 titik pemeriksaan percuma untuk mengenal pasti sebarang isu asas, sebelum disyorkan pakej penyelenggaraan  terbaik yang disediakan oleh mekanik servis kereta yang berpengalaman.

Setelah diperiksa, Pusat Servis CARSOME menawarkan tiga pakej untuk memenuhi pelbagai keperluan dengan perkhidmatan berkala, bersama-sama dengan pelbagai pilihan lain untuk memenuhi keperluan pengguna. Untuk keadaan kereta yang lebih khusus, Pusat Servis CARSOME akan memberikan sebut harga yang sewajarnya.

Kredit: EnjinDotCom

(Visited 226 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button