Ekonomi

Carsome lancar filem janama serantau

Platform e-dagang kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara, Carsome baru-baru ini melancarkan filem jenama serantau pertamanya ‘Make It Carsome’;, yang dirakam menggunakan robot kamera terpantas di dunia, Bolt™ Cinebot™, kepada pasaran Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Jarang digunakan dengan perantaraan digital (DI) dalam penggambaran komersial untuk jenama di rantau ini, Bolt™ Cinebot™ berkemampuan merakamkan 1000 bingkai sesaat (fps) – bergerak dari keadaan pegun kepada pergerakan penuh berkelajuan tinggi dan berhenti sepenuhnya dalam masa sesaat.

Ia menangkap aksi terpantas dengan fokus yang tajam dengan ketepatan dan pada kadar yang sama dalam format rakaman 360 o yang pada masa ini tidak boleh dilakukan secara manual.

Kawalan gerakannya juga membolehkan penyusunan bingkai dengan lancar dan penyelarasan yang sempurna, seterusnya mencipta kesan sinematik yang luar biasa pada output akhir.

Ketua Pegawai Jenama Carsome Derek Tan menjelaskan bahawa Carsome mahu merungkai kekusutan dalam menyampaikan mesej jenama utamanya secara autentik melalui manifesto jenama ‘Make It Carsome’ di rantau Asia Tenggara untuk mereka yang ingin maju ke hadapan dalam penyelesaian mobiliti.

Related Articles

“Filem ini menggambarkan dengan tepat usaha kami yang tidak henti-henti dalam memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan kami bagi menyahut cabaran untuk menjadikan Carsome sebagai jenama yang sering diingati dalam industri kereta terpakai,: kata Tan.

Penggunaan Bolt™ Cinebot™ bagi penerbitan yang terperinci ini mengambil masa 12 hari untuk dibina, dan merangkum secara mendalam setiap proses dalam perjalanan pemilikan kereta dengan Carsome.

Format rakaman 360 darjah juga merujuk kepada gambaran 360 o bahagian dalaman dan luaran bagi semua kereta yang disenaraikan di laman web Carsome, sebagai sebahagian daripada pelaksanaan teliti Carsome apabila pengguna membeli kereta Carsome Certified.

Filem jenama serantau ini memaparkan situasi yang berlaku di sebalik pengalaman mudah apabila seseorang membeli kereta Carsome Certified, termasuk bagaimana Carsome mampu untuk menyediakan pilihan kereta yang banyak, jaminan kualiti melalui pemeriksaan 175-titik Carsome, kemudahan mengurus pembelian kereta dengan proses kertas kerja yang minimum, ketenangan fikiran dengan harga tetap tanpa caj tersembunyi dan penghantaran sehingga ke depan pintu selain jaminan satu tahun dan jaminan wang dikembalikan lima hari.

“Kami teruja untuk berkongsi keseluruhan proses bagaimana kami menyampaikan ketenangan fikiran buat para pelanggan melalui filem jenama ini.

“Dengan pangkalan data terbesar di Asia Tenggara dan kedudukan Carsome di titik pertemuan di antara inovasi teknologi dan data, kami paling tersedia untuk mengurangkan masalah industri kereta terpakai. Kami telah mengintegrasikan berjuta-juta titik data dan beribu-ribu jam ke dalam semua yang kami lakukan dalam beberapa saat tersebut untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan yang paling penting bagi kami di Carsome,” tambah Tan.

Filem jenama “Make It Carsome” telah disiarkan dalam talian mulai minggu lepas dan boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Carsome Malaysia, Carsome Indonesia dan Carsome Thailand.

Ia juga akan ditayangkan di saluran televisyen percuma nasional di ketiga-tiga negara tersebut tidak lama lagi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button