Ekonomi

Carian untuk penginapan di Langkawi meningkat lebih 13 kali, Airbnb mengumumkan kempen #RaikanMalaysia

HARI ini, Airbnb telah melancarkan kempen #RaikanMalaysia baharu yang bertujuan untuk mempergiatkan pemulihan pelancongan Malaysia pada separuh kedua 2021 dan seterusnya, selaras dengan strategi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk mencergaskan pelancongan domestik. 

Sempena kempen ini, syarikat global ini akan menggalakkan rakyat Malaysia untuk meneroka semula tanah air sendiri sambil meraikan penginapan unik dan tersembunyi di seluruh negara.

Dengan bekerjasama dengan pencipta kandungan tempatan untuk mengetengahkan destinasi negara yang kurang dikenali namun tetap menakjubkan, serta petua tentang cara mengembara dengan selamat, #RaikanMalaysia akan menonjolkan Hos Airbnb, penginapan dan pengalaman unik, di bandar-bandar di mana perjalanan dalam dan antara negeri dibenarkan.

Kempen ini akan diperluaskan untuk meliputi lebih banyak bandar mengikuti pembukaan semula lebih banyak destinasi.

Airbnb telah pun menyaksikan minat yang melonjak terhadap penginapan domestik.

Related Articles

Rakyat Malaysia tidak sabar untuk mengembara dengan platform ini sekali lagi, berikutan pengenalan gelembung perjalanan domestik baharu dan kelonggaran sekatan perjalanan secara beransur-ansur.

Paling ketara sekali, carian perjalanan di Airbnb ke Langkawi telah melonjak lebih 13 kali ganda dari bulan ke bulan* pada minggu 13 September, sewaktu gelembung perjalanan ke gugusan pulau popular ini dilancarkan.

Pada tempoh yang sama, carian untuk Penginapan Airbnb di Port Dickson telah meningkat lebih 360 peratus dari bulan ke bulan, manakala carian untuk Penginapan di Melaka meningkat kira-kira 270 peratus.

Rakyat Malaysia amat merindui untuk mengembara dan bertemu semula dengan keluarga dan rakan-rakan, dan lima destinasi yang paling banyak dicari**termasuk, mengikut kedudukan ialah Subang Jaya, Kuala Lumpur, Langkawi. Johor Bahru dan Pulau Pinang

Pembukaan semula aktiviti pelancongan juga telah mendorong rakyat Malaysia untuk merancang perjalanan dengan keluarga tersayang mereka. Lebih ramai rakyat kini memilih percutian domestik selama seminggu atau lebih, berikutan hampir setahun menduduk rumah. Penginapan Airbnb yang lebih besar juga menyaksikan lonjakan populariti, dengan carian untuk vila oleh tetamu Malaysia meningkat hampir 2.5x pada minggu 13 September, dari enam bulan lalu.

Amanpreet Bajaj

Pengurus Besar Airbnb untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan,  Amanpreet Bajaj, berkata: “Dengan Malaysia menuju ke arah pemulihan, kami dapat melihat bahawa rakyat Malaysia tidak sabar menunggu kepulangan perjalanan domestik.

“Data kami menunjukkan sentimen pelancongan yang positif dalam kelonggaran sekatan ini dan kami teruja untuk melancarkan inisiatif yang lebih menarik untuk menggalakkan penduduk tempatan #RaikanMalaysia.

“Airbnb komited untuk menyokong strategi RMK12 untuk memacu pelancongan yang selamat dan bermakna sambil bersama-sama membina semula industri pelancongan Malaysia dengan cara yang menguntungkan masyarakat tempatan.”

Pada awal kebangkitan semula pelancongan, baru-baru ini Airbnb mengumumkan Talian Sokongan Kejiranan 24/7 tempatan di Malaysia yang membolehkan ahli komuniti memohon panggilan dengan ejen sokongan khas dalam Bahasa Melayu.

Airbnb turut melancarkan Kod Tatakelakuan sukarela baharu, iaitu satu set prinsip khas industri yang bertujuan untuk mewujudkan amalan-amalan lazim untuk penginapan sewaan jangka pendek (STRA).

Tahun lepas, syarikat ini memperkenalkan proses Pembersihan 5 langkah yang Dipertingkatkan, satu set protokol kesihatan untuk membersih dan mensanitasi yang dibangunkan dengan kerjasama pakar-pakar global dan disokong oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button