Politik

Calon PM, TPM dari UMNO akan ditentukan Jun

BEKAS Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, siapa calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dari UMNO akan diketahui sekitar Jun ini.
Katanya, UMNO parti yang mempunyai tradisi dan perlembagaan sendiri.
Perlembagaan UMNO katanya, menetapkan tempoh memegang jawatan dihadkan kepada tiga tahun sahaja.
“Pemilihan yang lalu pada 30 Jun 2018, tamat tempoh tiga tahun pada Jun 2021.
“Sebagaui parti yang kuat berpegang kepada peraturan dan amat kuat bergantung kepada suara akar umbi, kita tidak teragak-agak untuk menyerahkan semula kepada akar umbi menentukan kepimpinan,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Katanya, pada masa ini ramai yang tidak putus-putus bertanya siapa calon  perdana menteri dan timbalan perdana menteri dari UMNO pada pilihan raya umum akan datang.
“Saya lihat ini secara positif. Ertinya ramai yabg masih melihat UMNO antara parti yang perlu menampilkan calon pemimpin utama negara.
“Suka saya nyatakan UMNO ada caranya sendiri. Usah terlalu khuatir.
“Insya-Allah, calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri dari UMNOakan di putuskan sekitar Jun ini menerusi pemilihan oleh ahli UMNO sendiri.
“UMNO akan memilih seorang Presiden dan seorang Timbalan Presiden yg mempunyai segala sifat dan kelayakan yg sesuai memikul tugas sebagai perdana menterio dan timbalan perdana menteri bila tiba masanya,” kata Annuar. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button