CelotehNasionalPolitik

Calon Menteri Malaysia Harus Ada Sikap Tegas Dalam Membuat Keputusan

Yang sudah berlalu atau sedang terjadi, ambillah sebagai iktibar dan diharap tidak berulang lagi. Sebagai penulis yang mencatat isu semasa, rakyat Malaysia diambang kehilangan ‘pemimpin bertaring’.

Tidak mahu bercakap tentang kejatuhan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PN), kedua-duanya sudah hilang kepercayaan dari kaca mata rakyat bawahan yang tidak kaya dan hidup penuh hutang.

Begitu juga dengan Perikatan Nasional (PN) yang pada awalnya semua nampak indah namun apabila berdepan situasi getir secara global, rakyat mula tertanya-tanya apa tindakan yang seterusnya?

Penulis berpendapat sekiranya PN ingin mengambil peluang untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat yang pelbagai pemikiran ini, satu arah kepimpinan yang jelas harus ditonjol secar drastik.

Misalnya dalam perjudian menentukan yang mana satu perlu lebih diutamakan sama ada aliran ekonomi negara yang cuma libatkan untung rugi atau kesihatan rakyat yang berkait dengan hidup mati.

Melihat pada situasi semasa, penulis melihat kerajaan mementingkan aliran ekonomi dengan andaian sumber pendapatan rakyat tidak terputus dan kerajaan tidak perlu memberi bantuan tambahan.

Bayangkan kalau perintah kawalan pergerakan (PKP) dibuat secara menyeluruh, celah mana lagi kerajaan nak ‘cekau’ duit untuk diberikan sebagai bantuan?

Sedangkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pun sudah ramai yang keluarkan dengan penegasan, “Itu duit aku dan kau tak payah nak sibuk-sibuk”.

Jadi di sinilah berlakunya pengorbanan yang disebut-sebut. Rakyat perlu berkorban untuk berdepan dengan merebaknya kes Covid-19 kerana ekonomi tidak boleh ditutup.

Hal ini berlaku kerana ‘kepala Malaysia’ terlalu membuka ruang kepada banyak ‘mulut’ untuk bercakap seterusnya membuatkan rakyat jadi bingung.

Kalaulah ‘kepala Malaysia’ itu jenis bijak dan ada sikap yang tegas sebagai pemimpin, sesuatu yang baik dan positif pasti dapat dilaksanakan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button