Luar Negara

Calon Islam dari Republikan, Ilhan Omar peroleh kemenangan awal di Minnesota

PERWAKILAN Minnesota Ilhan Omar berjaya mengharungi cabaran getir cabaran awal dari calon Demokrat yang mempunyai dana lebih banyak dan cuba mengaitkan beliau dengan isu selebriti kebangsaan.

Kejayaan Ilham merupakan kemangan terbaharu musim ini oleh pengamal undang-undang itu yang mewakili generasi baharu itu.

Ilhan kini dalam usaha untuk mempertahankan penggal keduanya pada November ini, dengan mudah mengetepikan cabaran Antone Melton-Meaux, seorang peguam dan juga perunding yang berjaya mengumpulkan jutaan dolar untuk menentang beliau.

Ilhan dan sekutunya kini mendapat keyakinan untuk dipilih semula selepas kemangan awal minggu lalu apabila rakan ‘sepasukannya’ Rashida Tlaib di Michigan dan aktivis Black Live Matter, Cori Bush yang menyingkirkan ahli kongres veteran di St Louis.

Mereka juga berjaya meraih momentum kepada fokus baharu ke atas isu perkauman dan keadilan ekonomi ekoran kematian George Floyd di Minneapolis.

“Malam ini pergerakan kami bukan sahaja menang, tetapi kami mendapat mandat untuk perubagan, Walaupun ada usaha luar untuk menewaskan kami, kami sekali lagi memecahkan rekod keluar mengundi. Di sebalik segala serangan, sokongan kita terus meningkat,” kata Ilhan.

Melton-Meaux menggunakan duit untuk meraih sokongan dan banyak menyentuh tentang daerah kelima Demokratik di Minneapolis yang mana negeri itu tidak pernah memilih calon dari Demokrat sejak 1960.

Beliau menerima kekalahan itu dan mengakui usahanya tidak mencukupi bagaimanapun enggan mengulas kenapa. – TheGuardian

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button