Politik

Calon BN PRN Johor memenuhi aspirasi rakyat dan untuk kestabilan politik Johor

KLUANG, 24 Feb. — Kesemua 56 calon yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan memenuhi aspirasi rakyat dan kestabilan politik negeri.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pemilihan calon kali ini juga diyakini akan mendapat mandat baharu daripada pengundi Johor.

“Kita yakin bahawa calon-calon dikemukakan BN memenuhi aspirasi rakyat atas nama kestabilan politik Johor.

Jadi kombinasi antara orang lama dan muka baru dan kombinasi antara kumpulan profesional, aktivis dan mereka-mereka yang berada bersama rakyat di bawah sana.”

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas mengenai pengumuman senarai nama calon BN bagi PRN Johor oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Johor Bahru hari ini.

“Saya yakin bahawa ini adalah pilihan yang rakyat dapat beri mandat dalam PRN Johor.”

Mahdzir sebelum itu merasmikan Majlis Pengisytiharan dan Penyerahan Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta FELCRA Berhad 2021 di Dewan LHDN di sini hari ini.

Terdahulu, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, lebih 70 peratus calon BN untuk pilihan raya kali ini terdiri daripada muka baharu.

Menurutnya, lebih 80 peratus calon adalah berumur 55 tahun ke bawah dan memiliki kelayakan akademik yang tinggi.

Pada PRN Johor ini, UMNO akan bertanding 37 kerusi, MCA 15 dan MIC pula seramai empat calon.

Calon-calon Barisan Nasional Pilihanraya Negeri Johor:

N.01 Buloh Kasap: Datuk Zahari Bin Sarip (UMNO)

N.02 Jementah: MCA

N.03 Pemanis: Anuar Bin Abd Manap (UMNO)

N.04 Kemelah: Saraswathy (MIC)

N.05 Tenang: Haslinda Salleh (UMNO)

N.06 Bekok: MCA

N.07 Bukit Kepong: Ismail Bin Mohamad (UMNO)

N.08 Bukit Pasir: Ir Mohamad Fazli Bin Mohamad Salleh (UMNO)

N.09 Gambir: Shahrihan bin Jani (UMNO)

N.10 Tangkak: MCA

N.11 Serom: Kharinnisa binti Ismail (UMNO)

N.12 Bentayan: MCA

N.13 Simpang Jeram: Datuk Lokman Bin Md Dun (UMNO)

N.14 Bukit Naning: Datuk Md Fuad Tukirin (UMNO)

N.15 Maharani: Noor Farah Shamsudin (UMNO)

N.16 Sungai Balang: Mohd Helmy Bin Abd Latif (UMNO)

N.17 Semerah: Mohd Fared Bin Md Khalid (UMNO)

N.18 Sri Medan: Datuk Zulkurnain Bin Kamisan (UMNO)

N.19 Yong Peng: MCA

N.20 Semarang: Datuk Samsol Bari Jamali (UMNO)

N.21 Parit Yaani: Datuk Najib Samuri (UMNO)

N.22 Parit Raja: Rashidah Ramli (UMNO)

N.23 Penggaram: MCA

N.24 Senggarang: Mohd Yusla Bin Ismail (UMNO)

N.25 Rengit: Dato’ Mohd Puad Zarkashi (UMNO)

N.26 Machap: Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi (UMNO)

N.27 Layang Layang: Haji Mutalif Bin Rahim (UMNO)

N.28 Mengkibol: MCA

N.29 Mahkota: Datuk Sharifah Azizah (UMNO)

N.30 Paloh: MCA

N.31 Kahang: Vidyananthan Ramanadhan (MIC)

N.32 Endau: Yuzaimi Bin Md Yusof (UMNO)

N.33 Tenggaroh: Raven Kumar Krishnasamy (MIC)

N.34 Panti: Hahasrin Hashim (UMNO)

N.35 Pasir Raja: Rashidah Binti Ismail (UMNO)

N.36 Sedili: Muszaide Bin Makmur (UMNO)

N.37 Johor Lama: Noorliza Binti Noh (UMNO)

N.38 Penawar: Fauziah (UMNO)

N.39 Tanjung Surat: Datuk Syed Sis bin Abd Rahman (UMNO)

N.40 Tiram: Azizul Bin Bachok (UMNO)

N.41 Puteri Wangsa: MCA

N.42 Johor Jaya: MCA

N.43 Permas: Baharuddin bin Md Taib (UMNO)

N.44 Larkin: Md Hairi Md Shah (UMNO)

N.45 Stulang: MCA

N.46 Perling: MCA

N.47 Kempas: Ramli bin Rohani (UMNO)

N.48 Skudai: MCA

N.49 Kota Iskandar: Tn Haji Pandak Bin Ahmad (UMNO)

N.50 Bukit Permai: Datuk Md Jafny Bin Md Shukor (UMNO)

N.51 Bukit Batu: MIC

N.52 Senai: MCA

N.53 Benut: YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad (UMNO)

N.54 Pulai Sebatang: Hasrunnizah Binti Hassan (UMNO)

N.55 Pekan Nanas: MCA

N.56 Kukup: Datuk Jefridin Bin Atan (UMNO)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button