Mahkamahpilihan

Buruh Rohingya mengaku lakukan amang seksual fizikal

Seorang buruh binaan warga Rohingya mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka di sini hari ini atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan bulan lalu.

Tertuduh, Korimullah Abdu Rahman, 35, membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Bagaimanapun, disebabkan tertuduh tidak memahami bahasa Malaysia, hakim menangguhkan kes tersebut bagi fakta dan hukuman apabila pihak pendakwaan memohon untuk mendapatkan jurubahasa Rohingya
pada 31 Januari ini.

Jurubahasa diperlukan bagi memastikan tertuduh benar-benar memahami pertuduhan yang dibacakan ke atasnya serta faham benttuk hukuman akibat pengakuan bersalahnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak berusia 12 tahun lapan bulan di Jalan Pulau Senang 3, Semabok Melaka pada 26 Disember lalu,
kira-kira pukul 8.30 malam.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, N. Sivashangari tidak menawarkan sebarang jaminan kerana status tertuduh sebagai pelarian belum disahkan dan hukuman penjara wajib bagi kesalahan itu.

Katanya, surat daripada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian, (UNHCR) menyatakan tertuduh masih dalam permohonan status pelarian.

Sehubungan itu jelasnya, jaminan tidak dapat diberikan kerana status tertuduh sebagai pelarian UHHCR belum dapat disahkan selain, dia tidak memiliki pasport. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button