Ekonomi

10 syarikat Malaysia berminat dalam pembangunan ibu negara baharu Indonesia

Sebanyak 10 buah syarikat Malaysia menyerahkan surat hasrat untuk terlibata dalam pembangunan ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan.

Penyerahan surat itu dibuat semasa lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Indonesia.

Berikut kenyataan penuh Perdana Menteri:

Mengadakan pertemuan bersama Presiden Indonesia Bapak Joko Widodo atau Jokowi di Istana Kepresidenan Bogor pagi tadi.

Sebaik tiba di Istana Bogor, saya dan delegasi yang lengkap bersongkok disambut dengan hamparan permaidani merah oleh Pak Jokowi dan serentak itu lagu Negaraku dan Indonesia Raya berkumandang disusuli 19 das tembakan tanda penghormatan.


Saya kemudian diiring Bapak Presiden bagi memeriksa barisan kawalan kehormat yang terdiri daripada anggota pasukan keselamatan presiden.

Saya kemudiannya diperkenalkan kepada barisan Menteri Kabinet Indonesia, diikuti upacara menanam pokok jenis merawan (‘hopea odorata’) di halaman belakang Istana dan dibawa melawat kawasan sekitar dalam Kebun Raya Bogor oleh Pak Jokowi menggunakan kereta ‘buggy’.

Saya dan Pak Jokowi kemudiannya meneruskan agenda perbincangan melibatkan kedua-dua negara di beranda Istana Bogor.

Kami kemudian menyaksikan acara penyerahan 11 Surat Hasrat (LoI) daripada 10 syarikat Malaysia dalam pembangunan ibu kota negara (IKN) Nusantara.

Ia diserahkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz kepada Pengerusi Lembaga Pihak Berkuasa IKN Nusantara, Bambang Susantono.

Hadir sama di Istana Bogor ialah Menteri Luar, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amiruddin Shari, Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Adlan Mohd Shaffieq.

(Visited 123 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button