Politik

Bukan Menteri Pertahanan buat lawak roti John, kata Setiausaha Akhbar

Setiausaha Akhbar Menteri Pertahanan, Amin Shah Iskandar menegaskan lawak berkaitan roti John dan seorang pengawai tinggi asing bernama John tidak ada kaitan dengan Mohamad Sabu.

“Bukan menteri pertahanan. Sekiranya penulis sebut nama menteri, kami akan saman mereka, tetapi mereka tidak namakan menteri,” katanya kepada Malaysiakini.

Artikel mengenai seorang menteri membuat jenaka berkaitan nama seorang pegawai tinggi asing bernama John dilaporkan dalam The Star semalam bertajuk The Pakatan Harapan Wild Card. Artikel itu ditulis oleh Philip Golingai.

Dalam artikel itu, penulis berpendapat ada menteri tidak cekap menjalankan tugas dan menegaskan seseorang itu tidak sewajarnya diberikan tugas sebagai menteri hanya kerana jawatan di dalam parti.

Philip turut menceritakan perbualannya bersama seorang diplomat, yang memberitahunya seorang menteri dari Malaysia bertemu dengan seorang pegawai tinggi bernama John dari negaranya.

“Menteri kamu kata, ‘Nama kamu John. Di negara saya, ada roti John. Jika kamu datang ke negara saya, saya boleh masakkan roti John untuk kamu’,” tulis Philip dalam artikelnya.

Selain itu, penulis artikel itu turut mengkritik setengah-setengah menteri yang menurutnya asyik berpolitik tanpa menghiraukan nasib rakyat serta kesan kepada diri mereka akan datang.-SM

(Visited 420 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button