Belang BertempatPolitik

Budak-budak nakal sudah tiada dalam parti!

BAD boys bad boys, what you gonna do. What you gonna do when they come for you. Ini antara lirik lagu runut bunyi filem lakonan Will Smith bergandingan dengan Martin Lawrence yang mendapat tempat dan tersemat dalam hati peminat Smith.

Bad Boys ada sequal dan setiap sequal ada jalan cerita yang tersendiri. Kalau anda tidak ikuti Bad Boys dari awal, anda tidak akan faham apakah yang plotnya dan sub-plotnya.

Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang lalu, sudah dapat dihidup akan ada ‘nama besar’ dalam UMO yang akan meninggalkan parti itu secara terhormat.

PAU 2022 yang menjadi medan penentuan untung nasib…

Nah! Ternyata minggu lepas, bekas ketua Pemuda UMNO yang dipandang oleh para wanita di Malaysia sebagai lelaki yang tall, dark and handsome,  Khairy Jamaluddin dipecat daripada parti keramat orang-orang Melayu itu.

Pemecatan Khairy bukan seorangan sebaliknya Tan Sri Noh Omar juga turut dipecat.

Kata Khairy, beliau tidak akan merayu terhadap pemecatannya daripada parti itu seperti mana dilaporkan portal berita FMT hari ini.

Memetik berita dilaporkan FMT lagi, Khairy bercakap di program Breakfast Grille bersama BFM berkata, tidak ada gunanya dia merayu keputusan yang dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk memecatnya apabila mereka yang mahu dia keluar kekal dalam parti.

“Merayu bermakna merayu kepada entiti sama yang memecat saya serta merta,” katanya bekas Ahli Parlimen Rembau dan sekaligus, menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi itu.

Ahmad Zahid Hamidi ketika menjawab soalan pemberita dalam sidang akhbar selepas ucapan penangguhan PAU2022 di WTC, Kuala Lumpur.

Semestinya dipecat daripada parti itu melukakan hati Khairy tetapi luka yang masih baharu itu tentunya akan meninggalkan parut biarkan beliau menyatakan, tidak menyimpan dendang terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan masih menganggap Timbalan Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan itu sebagai rakan.

Untuk rekod, Jumaat lepas, Khairy dipecat daripada UMNO atas alasan beliau telah melanggar disiplin parti semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November tahun lepas (2022).

Pada PRU15, Khairy kalah apabila beliau bertanding di tempat baharu, Sungai Buloh dan aura tall, dark and handsome gagal mempengaruhi para pengundi di Sungai Buloh untuk memilik beliau sebagai Ahli Parlimen.

Kerusi lama Khairy ialah di Rembau yang mana Zahid Hamidi meletakkan Timbalan Presiden UMNO hari ini, Datuk Seri Mohamad Hassan untuk bertanding di situ dan monang!

Tan Sri Noh Omar

Bercakap tentang bekas Ketua UMNO Negeri Selangor yang banyak pengalaman dalam pentadbiran di pusat, Tan Sri Noh Omar yang senasib dengan Khairy dan juga bekas Ketua Penerangan, Shahril Hamdan yang digantung keahlian selama enam tahun, turut bersetuju dengan Khairy tidak ada gunanya membuat rayuan apabila mereka dalam parti “berniat untuk membuang kami”.

Khairy kemudian mengulangi justifikasinya untuk dua jawatan teratas dalam parti itu dipertandingkan dalam pemilihan UMNO akan datang.

“Saya hanya mahu pertandingan terbuka untuk dua jawatan tertinggi kerana Zahid memimpin ketika UMNO menunjukkan prestasi pilihan raya terburuk pada PRU15,” katanya merujuk kepada 26 kerusi yang dimenangi parti itu, menandakan jumlah paling rendah pernah diperolehi di Dewan Rakyat.

SHAHRIL HAMDAN digantung enam tahun dari parti.

Pada PAU baru-baru ini, UMNO menerima usul tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi dalam parti iaitu Presiden dan Timbalan Presiden, sekali gus memastikan Zahid dan timbalannya, Mohamad Hasan akan kembali tanpa bertanding pada pemilihan parti yang dijadualkan pada 18 Mac ini nanti.

Cliché apabila dibuang parti, langkah seterusnya atau prospek menyertai parti lain menjadi persoalan, jawapan yang juga boleh dijangka daripada Khairy ialah beliau akan mengambil masa untuk memikirkannya walaupun dalam masa sekang ini, banyak tawaran dan jemputan diterima. Cuma Khairy kata, beliau akan mendengar setiap satu dan akan buat keputusan bilakah dan jika mahu kembali ke kancah politik.

Siapa tahu, akan datang, Khairy buat come back dan dapat jadi Perdana Menteri Malaysia seterusnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button