Belang BertempatPolitik

Anak bapak…Nurul Izzah Anwar ada dua degree

ELEMEN conflict of interest tentunya berbangkit apabila anak menjadi penasihat kepada bapa sendiri yang memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan selain jawatan nombor satu dalam negara.

Itulah yang dibangkitkan oleh pemimpin PAS, “Yang dipersoalkan adalah elemen ‘conflict of interest’, prinsip asas dalam etika urus tadbir yang telah dikompromi di samping janji reformasi institusi yang dilanggari,” kata Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman seperti mana dilaporkan oleh portal berita FMT hari ini.

Walaupun Nurul Izzah Anwar mempunyai kelayakan dan merit namun pelantikannya sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipandang sebagai telah melanggar reformasi institusi yang dilaung-laungkan oleh bapanya itu selama dua dekad.

Setiausaha politik kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berkata, di Indonesia, Presiden Jokowi melantik tujuh anak muda sebagai Penasihat di Pejabat Presiden dan melantik Menteri Kewangan yang disegani dunia, namun di Malaysia ia sebaliknya.

“Di negara madani, Perdana Menteri melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan dan melantik anaknya sebagai Penasihat Ekonomi dan Kewangan kepada dirinya,” kata Syahir seperti mana catatannya di akaun Facebook (FB) miliknya.

Menjawab kritikan pelbagai pihak, Anwar Ibrahim semalam menjelaskan dan mempertahankan pelantikan anaknya, juga kalah pada PRU15 lalu, Nurul Izzah dibuat kerana anaknya itu berkelayakan.

Anwar berkata, ini kerana anaknya itu juga mempunyai ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan dan ijazah kedua dalam dasar awam dan sosial dari Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat.

Beliau sekali gus dilantik bagi membantu Anwar Ibrahim di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan di Kementerian Kewangan.

Syahir berkata, dalam keadaan ekonomi negara berdepan masalah defisit fiskal yang semakin menjurang, Anwar tidak boleh membuka ruang kepada defisit kepercayaan yang semakin melebar dalam kalangan rakyat dan pelabur.

Katanya, perdana menteri boleh menaruh kepercayaan terhadap rakannya daripada UMNO yang kini menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri 1 Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan yang dilihat memadai untuk membantu dan menasihati Anwar Ibrahim dalam urusan kewangan dan ekonomi.

“Demokrasi, reformasi dan integriti adalah tunjang bagi pembentukan sesebuah negara madani perlukan komitmen dan tindakan, bukan slogan,” katanya. – SM

(Visited 1,128 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button