Nasional

Buat laporan polis palsu semata-mata mahu elak didenda JPN

SEORANG lelaki sanggup membuat laporan polis palsu mengatakan dirinya diragut semata-mata kerana tidak mahu didenda Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana kehilangan kad pengenalan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, lelaki berusia 26 tahun itu membuat laporan polis kira-kira pukul 6.18 petang semalam.

“Dia mendakwa dirinya menjadi mangsa ragut oleh dua orang suspek semasa berada di kawasan Jalan Gasing, Petaling Jaya.

“Kita kemudian memanggil pengadu untuk menjalankan siasatan dan hasil soal siasat mendapati pengadu telah membuat laporan polis palsu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA> Tampat pengawal keselamatan, lelaki direman tiga hari

Menurut Nik Ezanee, pengadu juga mengaku bahawa kad pengenalannya telah hilang.

Jelasnya, pengadu membuat laporan palsu itu kerana bimbang tidak dapat memperbaharui kad pengenalannya atau perlu membayar denda kepada JPN.

“Kes sedang disiasat dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan cadangan supaya mangsa dituduh di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

“Tahun ini sahaja menyaksikan enam laporan polis palsi dibuat orang awam dan kita memandang serius berkenaan perkara ini,” jelasnya.

BACA> Mohd Isa nafi terima RM3 juta daripada pegawai khasnya

Tambahnya, orang ramai diingatkan supaya tidak sesuka hati membuat laporan polis hanya untuk kepentingan peribadi semata-mata. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button