Nasional

Program Pembangunan Ekonomi bantu rakyat Bandar Tun Razak

SEBANYAK 30 orang peserta telah dipilih untuk menyertai Program Pembangunan Ekonomi Bandar Tun Razak yang dirasmikan Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar pada Sabtu lalu.

Program hasil inisiatif Kamarudin itu bertujuan untuk membantu masyarakat Bandar Tun Razak menjana pendapatan ketika negara masih lagi berhadapan dengan cabaran wabak Covid-19.

Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, kesemua peserta yang terpilih itu akan dilatih dalam bidang jahitan oleh guru-guru yang berpengalaman.

“Apabila sudah mahir, mereka boleh menjana pendapatan tambahan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup lebih-lebih lagi tinggal di bandaraya Kuala Lumpur ini.

BACA> Pemilihan bersih, tiada baling kerusi – Ketua Armada

“Mereka dilatih oleh guru-guru jahitan yang berpengalaman dan antara latihan yang diberikan adalah seperti membuat pelitup muka dan sejadah mini.

“Permintaan yang tinggi terhadap pelitup muka boleh membantu menjana pendapatan kepada peserta yang terlibat,” katanya dalam majlis yang diadakan di Dewan Merdeka Sri Johor, Kuala Lumpur.

Menurut Kamarudin, sebanyak 30 buah mesin jahit telah disediakan Parlimen Bandar Tun Razak untuk tujuan latihan tersebut.

 

Jelas beliau, program ini juga akan diperluaskan lagi untuk menampung lebih ramai peserta yang berminat.

BACA> Dia akan bertanding pilihan raya? Tanya Terese selepas disaman RM8 juta

Tambahnya, latihan kemahiran juga akan dipelbagaikan termasuk latihan membuat bakeri dan sebagainya serta tidak terhad kepada jahitan sahaja. -SM

(Visited 287 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button