Luar Negara

Britain tak benarkan jual kenderaan petrol dan diesel mulai 2030

TIADA lagi jualan kenderaan baharu yang menggunakan petrol dan diesel di Britain mulai tahun 2030 sebagai langkah menangai perubahan iklim.

Pengharaman itu pada mulanya dirancang akan bermula pada 2040 tetapi dipercepatkan di bawah perancangan 10 perkara oleh Perdana Menteri, Boris Johnson untuk mengatasi kesan perubahan iklim.

Perancangan itu juga termasuk menghasilkan tenaga daripada angin yang mencukupi untuk setiap rumah, memajukan bandar keseluruhannya akan dipanaskan menggunakan hidrogen pada penghujung dekad ini, dan memajukan reaktor nuklear saiz kecil yang labih maju.

Ketika ini kurang daripada satu peratus kerata di jalan raya United Kingdom (UK) dikuasakan sepenuhnya oleh elektrik, oleh itu, perancangan Johnson untuk menamatkan jualan kereta baharu yang menggunakan diesel dan petrol memerlukan pelaburan besar daripada segi infrastruktur yang diperlukan kenderaan elektrik. – SkyNews

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button