Nasional

BPN diagih bermula Isnin ini

BANTUAN Prihatin Nasional (BPN) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat akan diagih secara berperingkat mulai Isnin ini.

Bayaran yang dirancang akan diagih pada hujung April ini bagaimanapun dipercepatkan selepas 8.30 juta penerima diluluskan.

Pembayaran BPN melibatkan empat kategori penerima iaitu kumpulan B40 dan M40 berkeluarga dan bujang.

[BACA] Persoalan permohonan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat — Suara Merdeka
[BACA] Pakej Rangsangan Ekonomi perlu pelaksanaan pantas – Najib — Suara Merdeka

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata, pembayaran fasa pertama secara berperingkat ini berjumlah RM5.63 bilion.

“Dalam pengumuman awal, BPN dirancang untuk dibayar pada penghujung April 2020. Jumlah Keseluruhan BPN sebanyak RM9.24 bilion akan dibayar dalam dua fasa.

TENGKU ZAFRUL

“Sukacita saya memaklumkan, bagi fasa pertama BPN pembayaran akan dibuat secara berperingkat mulai 6 April 2020,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, seramai 3.24 juta isi rumah kategori B40 akan menerima bayaran sebanyak RM1,600.

Sementara 3.62 juta bujang dalam kategori sama pula menerima RM800.

[BACA] COVID-19: Cegah ketirisan dalam penyaluran bantuan untuk manfaat optimum – Raja Muda Perlis — Suara Merdeka

Bagi M40, seramai 0.88 juta isi rumah akan menerima RM1,000 manakalah 0.56 juta bujang dalam kategori sama akan menerima RM500.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul turut menasihatk rakyat supaya berhati-hati dalam memberikan maklumat peribadi supaya tidak terperangkap dengan jenayah scammers.

“Saya menasihati rakyat agar berhati-hati dengan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan BPN.

“Saya juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat terutamanya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) dalam membolehkan bayaran BPN dipercepatkan,” ujarnya.

Sebelum ini Muhyiddin mengumumkan RM250 bilion bagi membantu semua rakyat Malaysia termasuk pengusaha-pengusaha perniagaan kecil dalam menghadapi pandemik Koronavirus (COvid-19).

[BACA] Covid-19: PM umum bantuan khas isi rumah — Suara Merdeka
[BACA] Vaksin COVID-19 dihasil dalam masa setahun — Suara Merdeka

Dana tersebut juga melibatkan RM20 bilion yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr, Mahathir pada Februari lalu. – SM

(Visited 147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button