Nasional
Bot tunda karam di pulau Mantanani, 3 kru hilang
KOTA BELUD: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bot tunda karam kira-kira 35 batu nautika barat laut pulau Mantanani di sini semalam.
Bot tunda Megah Jaya 2 itu juga dilaporkan membawa tiga anak kapal tempatan; Lim Chung Siong, 24, Wilson Paul Jospeh, 31 dan Yee Lih Min, 22.
Pengarah Maritim Sabah Laksamana Pertama Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata laporan mengenai kehilangan bot tunda itu dibuat oleh pemilik kapal itu pada 9.30 pagi.
“Operasi itu turut melibatkan beberapa agensi seperti polis dan tentera laut.
“Kawasan pencarian bot tunda Megah Jaya 2 dibahagikan kepada tiga sektor dengan keluasan keseluruhan 176 batu nautika,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.